assalamualaikum
in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful
sesetengah perkara boleh diubah. Mungkin cara bermain bola, hiasan rumah, cara pemakaian dan juga cara berinteraksi.
Sesetengah perkara, seperti perangai, juga boleh diubah. Tetapi mungkin sukar untuk sesetengah individu.
Kita cuma manusia biasa yang hanya tahu merancang. Kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan. Kerana apa? Kerana kita manusia dan tiada sesiapun di kalangan kita pernah atau akan menjadi Tuhan.
Kita tidak tahu keputusan yang kita buat ketika ini adalah kejayaan atau kesilapan pada masa hadapan. Ia terlalu subjektif. Mungkin satu tahun daripada sekarang, kita akan berfikir dan ingin masa dipusing kembali dan kita buat keputusan yang sebaliknya.
Tiada manusia yang sempurna sebenarnya. Julio Ceaser pernah berkata 'Kami datang, kami lihat dan kami takluk'. Tidak semua yang ditakluki beliau membawa kepada kebahagiaan ataupun kejayaan.
Yang penting, semuanya yang telah lepas telah menjadi sejarah. Kita bersyukur kepada Allah atas segala rahmatNya, dan kerana kita manusia, kita wajar mempelajari kesilapan kita. Allah Maha Mengetahui, dan mungkin kita jatuh sekarang, tetapi mungkin 10 minit lagi, kita akan berada di puncak dunia.
Mungkin juga kita rasa kita telah berjaya sekarang, tetapi 15 minit lagi kita terjatuh.
Allah Maha Mengetahui.
till next time,
assalamualaikum
p/s talking to friends helps a lot. Thanks.
No comments:
Post a Comment