Wednesday, August 27, 2008

The Next Big Thing

assalamualaikum

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

selesai sudah pilihanraya Permatang Pauh. tolak ke tepi siapa pemenangnya..

Harus diingat bahawa sama ada PAS atau UMNO atau PKR atau DAP atau mana2 parti sekali pun, parti politik itu hanyalah sebagai wadah perjuangan/ideologi yang berhak dipilih oleh mana2 pihak. Yang wajar ditekankan disini ialah TIDAK harus wujud kesetiaan membabi buta dan kesetiaan terhadap mana2 parti wajar disingkirkan jika prinsip perjuangan tidak lagi ditepati. Tidak salah untuk ahli2 umno memilih untuk masuk PAS, dan tidak juga salah ahli PAS utk masuk UMNO jika dirasakan perjuangan pihak satu lagi itu sudah tidak sesuai lagi. Yang penting keutamaan agama wajar diletakkan jauh lebih tinggi daripada memperjuangkan bangsa.

31. Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah[639] dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.     At-Taubah ayat 31

[639]. Maksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal. 

Sekarang mungkin ada yg akan persoalkan kenapa saya begitu kecewa dengan Ezam. Bukan kerana dia masuk UMNO yg menjadi isu. Yang kita persoalkan kenapa zaman pre-UMNO dia begitu lantang bicara isu rasuah dikalangan pihak BN, tp sekarang begitu petah menyerang pihak yg dulu dia angkat tinggi.

tolak sekali lagi isu atas ke tepi...

Sekarang kita ada agenda yg lebih besar drpd Anwar Ibrahim. Isnin/Selasa depan bermula hari pertama bulan agung dalam Islam, satu2 nya agama yang diterima Allah. Ayat yg mewajibkan puasa x perlu diulang, sebab budak2 kecik x sekolah pun dh tau wajib puasa. 

Begitu juga amalan2 yg digalakkan, saya yakin ramai yg dah tahu. 

Halangan untuk kebanyakan drpd generasi kita ialah sibuk dengan akademik/kerja. Itu normal dan kita tak disuruh pun tinggalkan dunia. Pilihan yang baik untuk mana2 pihak yg mempunyai kelapangan hendak mengambil kesempatan untuk sentiasa menyampaikan sedikit peringatan(tazkirah). Anda mungkin sibuk keesokan hari, dan tugas menyampaikan peringatan boleh dipikul oleh pihak lain pula. 

38. Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit. [at-Taubah 38]

Begitu juga saya, sentiasalah hantar sms/email/ym/blog kepada saya sebagai peringatan. 


kegembiraan berbuka puasa =)

bersama menuju Ramadhan yang lebih baik!!

till next time,
assalamualaikum

2 comments:

Anonymous said...

This is politic.

An issue is solved by another man-made issue.

Apa pun, tetap Allah Maha Besar (memetik lirik lagu Too Phat)

Apapun, smoga bangsa malaysia jadi bangsa berjaya, maju dan harmoni...

Amin...

Unknown said...

anon: hmm, saya ingat lebih baik kalo cakap direct je..senang nak faham..pusing2 ayat ni pening n bnyk tafsiran lain yg kuar..

apa2 pun ayat akhir tu saya setuju