Thursday, August 28, 2008

Dilema Melayu Muslim

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

Ramadhan is just around the corner. .1, 2, 3 ready, go!!!!!!!!!!!!!!!

Isu hari ini ialah KETULENAN ilmu. Melayu secara umumnya mula mempelajari ilmu secara rasmi 50 tahun lepas. Rata-rata generasi pra-merdeka hanya bergantung kepada ilmu lisan yang secara langsung atau tidak mencemarkan ketulenan atau kesahihan ilmu itu. Generasi sekarang juga mengalami kesan2 akibat warisan budaya itu. Akidah dicampurkan dengan percaya bomoh, nombor bertuah, cincin, azimat dan lain2. 

Islam mengajar ketulenan ilmu. Islam juga mengajar cara menyebarkan berita. Islam juga cukup disiplin dalam aspek2 lain.  Islam itu cukup ringkas, yang jika diamalkan maka tidak akan wujud senario politik yang cukup kacau-bilau seperti sekarang. 

"Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar" - Riwayat Muslim

Rasulullah bermula secara bertahun-tahun di Mekah dengan konsep akidah yang tulen. Kita sama sekali tidak dapat menerima Nabi Isa/Jesus sebagai tuhan. Bagaimana mungkin kita dapat menerima tuhan yg bersifat seperti manusia, boleh mati dan dihidupkan kembali. Bagaimana mungkin kita dapat terima Maryam itu sebagai sebahagian daripada Allah? Bagaimana mungkin kita dapat terima Jesus sebagai tuhan sedangkan generasi-generasi yang diterangkan dalam Quran dan Bible hanya diutuskan Nabi di kalangan manusia. Bagaimana mungkin kita boleh terima Nabi Isa sebagai tuhan kepada asalnya nabi untuk bani Israel sedangkan bani Israel sebelum itu hanya diutuskan Nabi Musa yang diangkat daripada manusia?

Akidah ini dirosakkan oleh campur aduk syirik2 masyarakat2 tidak bertamadun.  Itulah akibat ilmu yg tidak berteraskan bukti(evidence based). 

Sebab itu bila kita terangkan amalan2 seperti baca yasin malam jumaat, baca yasin malam nisfu syaaban, baca Qunut dalam subuh dan doa beramai2 selepas solat itu tiada, ramai yang tidak berilmu akan menentang. Menentang dan lebih lagi terus melabel, hanya kerana tidak suka mereka dibuktikan salah. Sebab itu golongan-golongan pro-sunnah sekarang pun masih dilabel seperti dipanggil orang Wahabi. Golongon2 ini tak ubah seperti Abu Jahal, apa tidak dapat membuktikan dia betul, dia melabel Rasulullah sebagai tukang sihir dan lain2 lagi. 

peliknya, bila ditanya e.g. Wahabi itu apa? mereka sendiri pun tak tahu. jawapan mereka, kebanyakan mulut di luar sana kata sesat, jadi mereka pun ikut kata sesat.  

Ustaz Sofwan Badree berbicara tentang Dilema Melayu Muslim, 





till next time,
assalamualaikum
p/s jika ada kesalahan harap dapat dibetulkan


6 comments:

Anonymous said...

Melayu-muslim sebenarnya hebat, kerana karektor asli masyarakat ini mmg cintakan deen.

Tetapi, oleh kerana telah dijajah beberapa ratus tahun, hanya tinggal sisa2, dan yang sisa2 ini dimanipulasi pula.

Sangat2 penting untuk faham bahasa al-Quran, dan ambil tahu secara jujur apa yg dimahukan oleh agama ini. bukan ikut tafsiran akal dan nafsu sendiri.

berani sy katakan, hanya 2-3% je umat Islam malaysia yg amalkan baca yasin malam jumaat, baca yasin malam nisfu syaaban, baca Qunut dalam subuh. yang lain tu?

Ramai yg ngaku pro-sunnah.Ada jugak yg nak buat manhaj malayziy. Mcm2 pendekatan, masing ngn perjuangannye.

Azri, Islam berkembang di serata dunia, tp tidak di Malaysia, dan ini satu yg amat membimbangkan.

Islam semakin jauh, bermasalah, dan penyakit2 untuk lelaki, wanita, org muda dan orang tua semuanya lain2. orang tua hanyut politik melampau...itu pasti.

Maaf juga ye.

Unknown said...

sememangnya mereka hebat..sebagaimana arab itu mulia bila didatangkan Islam, kegemilangan Melayu tu terserlah bila Islam sampai ke kesultanan Melaka..tetapi bila ditinggalkan, kita menjadi seperti bangsa arab balik..tidak lg dipandang sebagai bangsa yg agung..

sy x berapa jelas dlm tulisan saya..tu cume contoh je..=)..mcm org yg mintak org lain sumpah, kita mintak tunjukkan dalil..perangai ikut apa mulut org ckp tu yg x elok..

mgkn kita harus kembali ke petak asal, bermula dengan pengukuhan akidah seperti yg Nabi mulakan..

Badan2 agama kene proaktif..bukan stkt protes konsert je..sket2 protes.alternatif x bg..mana org muda suka.

Anonymous said...

Aku masih berpegang bahwa penglibatan ibu bapa tu penting, sebab hampir mustahil Ustaz kite yang ramai ni dpt pengaruh anak2 di rumah, yang di tarbiyah oleh TV(-ve), Internet(-ve), dan member2 yang x smenggah. Program di masjid2dan surau2 Malaysia sgt mengkagumkan, setiap bulan ada program2 motivasi membina sperti smart solat, program imam dan bilal muda, kemmotivasi ibadat, ada jugak sampai belikan meja pingpong letak di surau suruh budak2 remaja sayang masjid. NGO toksah ckp le, Malaysia ni smua ada, syiah pon ada. hehe.Dan 'orang2 kaya senayap' baaanyak membantu dr segi kewangan.

Namun, hakikatnya pengisian spiritual itu yang paling utama, cinta agama, dan ini dibatalkan oleh suasana di rumah, sekolah, dan masyarakat yang sangat2 x menggalakkan pertumbuhan amal islami. Silalah analisa content siaran2 TV di Malaysia, smua promote yang bertentangan dgn agama, moral dan fitrah. Siapa boleh wujudkan kemahuan, silalah curahkan apa yg ada.mulakan sgn diri.

Sumpah2 dah luput isu dah. Sy dr awal kate yg hanya Allah aje yg boleh selesaikan, mahkamah Geneva, forensik dan DNA pon xleh wat ape.tu pasal mintak sumpah. Tatau la ape tafsiran mana2 pihak psl alasan ni. Tp daaah, golongan ugama pulak yg agak mengejutkan, berbolak-balik. awal2 dulu ok, lepas Si Epul sumpah, kata lagu ni pulak. Sebelum tu senyaaap je. xpelah. Kadang2 satu2 perkara tu lebih elok menjadi rahsia...

Politik telah jadi pintu kepada agama rakyat malaysia, sepatutnya Agama jadi pintu politik. Syabas.

Unknown said...

saya setuju ngan peranan mak ayah..mmg itu pun tanggungjawab diorg n utk kebanyakan drpd kita untuk masa depan..namun begitu, yang saya tekankan ialah mengajar Islam dengan ertikata ajaran yg asli dan tulen..masih ramai lagi mak ayah yg hantar anak kelas mengaji quran, pada hal yg jauh lg penting ialah memahami alquran itu sendiri..

seperti juga contoh diatas, kata2 mestilah disandarkan kepada bukti..boleh saudara bersumpah, tp saudara kena datangkan bukti2 yg mengatakan kena sumpah itu..agama bukan suka hati atas tafsiran kita..

kalau saudara suke membaca, mgkn saudara juga terbaca keputusan fatwa kebangsaan yg mengatakan sumpah tu adalah last resort..

adakah satu hari nanti saudara kene tangkap rasuah, saudara bole bersumpah mengatakan saudara tidak bersalah w'pun bukti jelas telah ada...

disini kita katakan, kalau ada dalil2 agama yg mengatakan saudara boleh bersumpah dalam hal ni, maka silakan...

tp tak sesuai saudara nak sumpah sebab atas dasar saudara rasa itu adalah jalan terbaik..

juga untuk peringatan utk saya sendiri, datangkan hujah dengan bukti dan dalil2 sahih Qurandan hadith..penentang2 Islam di zaman Islam turun juga dicabar oleh Allah dan Rasul untuk buktikan mereka pihak yang benar..dan mereka gagal..

Anonymous said...

Azri, bukti mmg xde whatsoever, sebab bende tu berlaku dlm bilik, bukan d pasar malam.

Aku dah bgtau, sesetengah perkara lebih elok jadi rahsia.ini dah jadi isu lapuk.

Hujah? Azri, i am not A'lim enough to give Quranic verse, to convince you tht tht particular verse is supporting my argument. that's too far for me, esp for this issue. Aku x percaya dia. thats it.

Skarang agenda penting ialah bagaimana kerajaan akan datang bebas dr cengkaman manusia2 buruk yg hanya bekerja untuk nafsu sendiri, mungkin Anwar manusia yg dipilih untuk kerja ni. Manada manusia sempurna. Asalkan dia taat pd agama bila jadi leader, dan gerakan Islam dpt jadi lebih sempurna, itu sudah cukup.

Unknown said...

saya juga x jauh beza, sy juga bukan org alim..

mmg itu terjadi dlm bilik.ketepikan isu liwat.dalam isu zina biasa, memang akan terjadi dalam bilik juga.tp anda masih tetap kene datangkan 4 saksi yang masing2 jelas nampak zina tu berlaku.jika gagal, anda yg menuduh akan dikenakan sebat 80 kali.dalam Islam perbuatan menuduh juga sangat2 dilarang..

samada anda ingin berpegang kpd pendapat sendiri itu adalah hak anda, tp jgn guna pendapat anda sebagai hujah anda dan hujah agama. jika 100 org ada pendapat lain, akan kelam kabut agama.

sebagai contoh mudah, anda bole lihat berpuluh versi solat hajat yg wujud dikalangan masyarakat kita.mereka jarang melihat samada solat hajat ni Rasulullah pernah lakukan atau tidak, dan jika ada bagaimana caranya pula.

kalau anda x percaya sesiapa pun, itu hak anda juga.tp anda tidak bole berbuat zalim ke atas pihak tu hanya kerana sekadar tidak suka pada pihak itu..Quran ajar kita,

6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(Al-Hujuraat,ayat 6)