Tuesday, January 28, 2014

Tweetsip

Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih

Kita dikejutkan dengan satu lagi pilihanraya kecil yang baru diumumkan sebentar tadi. ADUN Kajang secara tiba-tiba meletakkan jawatan. Agakan orang ramai, walaupun kelihatan tidak logik, ialah masalah kesihatan.

Yang diberitahu kepada rakyat ialah keputusan beliau bertujuan untuk menguatkan jentera PR di Selangor.

Turut dibincangkan ialah hubungan perletakan jawatan ini dengan konflik Azmin-Khalid Ibrahim. Benar atau tidak, tiada siapa yang dapat mengesahkan.

Rakyat Selangor pastinya tidak mahu membazir masa dengan berkempen lagi. Tidak sampai 5 jam berita ini tersebar, beribu-ribu das tembakan telah ditujukan ke PKR dan de facto leader DSAI. Tidak kurang yang mencadangkan agar diundi siapa sahaja selain PKR pada pilihanraya kecil ini.

Rakyat Malaysia yang tidak pernah mengambil tahu perihal negara, masih sibuk membincangkan kenapa penyanyi A yang menang AJL, dan kenapa bukan B?

Karakter rakyat yang progresif jelas kelihatan di sini. Hahaha.. tak kelakar pun

salam

No comments: