Thursday, January 16, 2014

Hakikat yang tak diketahui

assalamualaikum

Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Terfikir sejenak sewaktu menghabiskan masa di facebook. Ada satu hamba Allah menzahirkan pendapat beliau tentang beberapa isu.

Bermula dengan gegaran sewaktu jenazah Ariel Sharon dikebumikan. Digambarkan seolah-olah bumi sendiri tidak mahu menerima jasad. Sama ada kebetulan atau hakikat, itu bukanlah persoalan sebenar yang ingin saya timbulkan.

Sejak dari bangku sekolah menengah kita dimomokkan dengan cerita betapa kejinya makhluk bernama Mustafa Kamal Attartuk. Tidak perlu saya coret satu persatu, terlalu banyak dan semuanya tidak datang dengan sumber bertulis yang sah.

Ini menjadikan saya ingin tahu bagaimanakah pandangan orang Turki sendiri terhadap pemimpin mereka ini. Adakah beliau seburuk itu? Adakah cerita-cerita yang didengari sebelum ini benar-benar  betul?

Seakan-akan pelik bila seluruh dunia menghina seorang tokoh tetapi tokoh ini masih disanjungi di tempat beliau sendiri? Stadium bola sepak pun turut dinamakan dengan nama beliau.


Kalau sesiapa yang ada kelapangan dan ada sumber yang reliable, mohon dikongsi bersama. Sekadar ingin tahu sahaja.

Jangan nanti saya dituduh liberal pula, hahaha.

sehingga bertemu kembali
salam


No comments: