Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tujuan saya menulis adalah untuk menyuarakan pendapat mengenai 'HIMPUN'. Secara kasarnya, ia merupakan perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dengan objektif-objektif tertentu.
Secara umumnya, penganjur dan penyokong adalah golongan orang yang berilmu.
Di samping menyedari ancaman pendakwah agama lain yang semakin jelas, satu hakikat yang kurang disedari sebenarnya masyarakat Melayu adalah jahil terhadap agama Islam itu sendiri. Mata pelajaran agama pun ramai yang tak lulus, dan bukanlah satu perkara yang mengejutkan bila kita mendengar belia berumur 25 tahun tidak tahu membaca al-Fatihah.
Saya tidak menentang pendekatan mubaligh agama lain, kerana itu memang tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
Jika saudara pernah mengikuti tulisan saya sebelum ini, saya juga antara orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot Israel.
link http://azrifickry.blogspot.com/2008/05/pilihanku.html
Saya melihat perjuangan pada zaman dahulu, Rasulullah tidak membuat demonstrasi atau mengajak rakyat berkumpul untuk menyuarakan bantahan terhadap orang yang menentang Islam. Sebaliknya apa yang dilakukan ialah penerapan berterusan akidah orang Islam.
Apa yang harus ditekankan ialah suara bersepadu untuk mengukuhkan akidah umat Islam.
Jika kita berkeras hendak memprotes golongan Kristian sebagai contoh, bagaimana pula jika golongan bukan Muslim juga berkeras untuk membantah pengislaman kaum-kaum bukan Melayu. Jika kehendak kedua-dua pihak dituruti, maka kita akan menemui jalan buntu, di mana hanya Melayu akan menjadi Muslim dan golongan bukan Melayu terus dengan agama mereka.
91. Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,
92. Yang mengetahui semua yang ghaib[1019] dan semua yang nampak, maka Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka persekutukan. Al-Mu'minun ayat 91-92
Golongan-golongan agama juga agak konservatif, dan ramai pula yang senyap bila golongan-golongan berilmu dinafikan mengajar di Selangor dengan alasan tiada tauliah. Tujuan pengajian ialah untuk memantapkan kefahaman tentang Islam.
Tapi yang menariknya, apa yang ditumpukan ialah ilmuan agama lain dilarang untuk mendekati umat Islam.
Golongan pengajar Islam yang hendak mendekati orang Islam pula dilarang. Ironis, dan di manakah keutamaannya?
Saya pernah menulis beberapa artikel yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan topik yang saya bincangkan di atas.
http://azrifickry.blogspot.com/2007/09/searching-for-god.html
Klik di pautan(link) di atas.
till next time,
assalamualaikum
1 comment:
Salaam brother Azri. My name is Wahidah and I agree with what you wrote,that instead of blaming others for our own shortcomings a.k.a Muslim's lack of knowledge and weak iman, it is better to educate ourselves abt Islam. Benda ni dah disuarakan pd pihak terbabit dgn himpun but tu lah,masalah org melayu is that pantang ditegur. I was told also that mubaligh kristian salah because langgar undang2 sebarkan agama.while it is true that mmg salah n even zaman rasulullah pun dlm piagam they were not aloud, however, problem kita ni suka masuk half-cocked and tak well prepare.i mean, most of the cases as we know it that the muslims yg go to them for help so they are not liable at best.also, we can't even pride ourselves with Islam if some of the leaders of an alleged Islamic country pun tak empower Islam governing and ruling as well.Concerts were appalling esp when foreign artist are invited and so many other things pertaining to entertainment in our country coz that is the one thing that receives mass exposure. We ourselves pun takut nak bukak bible and learn what is embraced by them>how to fight other religion if we don't understand what they believe in. so many islamic scholars yg finished the bible and quran n managed to revert many into Islam.managed even to answers questions thrown at them by the non muslims. Knowledge should have been the vital role or ammunition instead of the blame game. I do hope that I could further communicate with in matters such as this if you don't mind. my email is RihannaRequiem@gmail.com.
Salaam Brother.
Post a Comment