Monday, June 09, 2008

Azri 13|Ballack 13

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

I was thinking of posting pictures this time, but could not find where I kept my external hard disk's cable.

Tell me, could you ask for a better Sunday?

- Germany's win over Poland


- Kubica's 1st Formula 1 win

- Federer lost to Nadal

Anyway, I am in the middle of an attachment in HKL. Malaysia is fun, everyone is friendly here. The consultant and specialist are so keen to teach the juniors. Another factor that adds up the fun is having old friends working at HKL. Azlan Ajaib, Adam, Buff and many more. These are the people mostly I last saw them 7 years ago. They are now on the way up in becoming successful men. On my 1st day, I saw somebody with name tag - Dr. Adam. lol!

When talking about workload, it's absolutely hectic. They work non-stop from 7am-5pm, on call - 7am-5pm the next day(34hrs non-stop). It's crazy! However, the fact they are still able to put on smiley faces the next day is just wonderful.

will I be able to stand it should I come back for good end of this year? I don't know. What I know is Malaysia is the place where I want to be at, the place I call home.

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sdr azri,

Saya dah jawab persoalan di blog ustaz moden, tapi ada censorship.

Jadi saya pastekan di blog saudara sebagai rujukan.

Bismillah

Saya mulakan dulu "perang" ini dengan komen penutup si Ustaz atau penulis cyber.

Kami pelajar ataupun pengikut mereka-mereka yang engaji di Ummul Qura' ataupun Jamiat Madinah ni dilatih bukan untuk menjadi Ustaz copy and paste. Kalau debat cara macam ni, 10 minit pun dah siap.

Kami habiskan masa untuk belajar dan benar-benar faham. Ustaz kami bukanlah ustaz amru diab, ustaz hisham abbas ataupun ustazah ruby. Barangkali, itu sebabnya al Hadid:4 pun ambil sekerat2 sahaja. takda masalah kami nak bersantai seperti iskandariah melihat mek-mek arab. Suasana terkawal. Maklumlah di kawasan Nabi dan juga tanah tumpah Nabi. Bukan tanah tumpah Firaun.

Jadi, fahamlah sangat kenapa virus benci ikut sunnah Nabi dah menjadi darah daging sebahagian anak buah Azhari ni. Apatah lagi, kalau dia tu lurus bendul.

Ustaz "moden" dari sudut salin dan tampal ni tak jawab pun persoalan2 saya. Dia kemuka "hujah" baru. Oleh itu, saya pukul azhari ni dengan buah dia sendiri. mari kita tengok:

Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang ‘ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do’a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa’ al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Apa kaitan hujah ini dengan maulid?

Sealim mana pun Al Naqash, ada tak hadith ataupun perbuatan sahabat dalam hal ini?

Pendapat sedemikian hanya boleh diambil untuk amalan sendiri bukan untuk disebarkan.

Buah satu telah menimbulkan keraguan. Ke ustaz tak baca hujah sendiri bila paste kot?

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.

Hujah yg menjerat diri. Nampak tak abad keberapa si Ibn Jubayr hidup?

Meninggal beliau pada 614H. Bayangkan 600 tahun lepas Nabi. Bolekah kita gunakan hujah ini? Kalau dia kata tu 614M, itu zaman rasulullah masih hidup. Ibn Jubayr ini sahabat ke?

Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul ‘Abbas al-’Azafi dan anaknya Abul Qasim al-’Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, “Mereka yang menunaikan ‘ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka’bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya.”

Hujah yang sama dengan hujah saya di atas.

Hujah asal mudah saja, ada tak sahabat yang buat? Siapa yang lebih mencintai Rasul? Bapa2 mertua Nabi spt Abu Bakar RA wa 'Umar RA ataupun menantu2nya spt 'Uthman RA wa 'Ali RA.

Kalau kita tgk pernyataan di atas, haramkah berjual beli semasa Maulud? Bolehkah kita haramkan sesuatu yang halal?

Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka’bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka’bah. Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi’i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa’ (keturunan Nabi [s.a.w]) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut,

Abad kelapan Hijrah dan ke -10, ustaz moden. Boleh kita ambil sumber hukum?

Apa sumber hukum Islam Ustaz? Saya nak tanya, kalau orang tak buat tu, adakah orang tu rasa salah ke tak, bagi makan selepas solat, selepas solat Jumaat ataupun Maulid.

Saya nak tanya ustaz, Nabi kata apakah dua 'eid dalam Islam? Kalau Nabi rasa dengan Maulid lagi dekat manusia dengan ALlah, maka nescaya Nabi angkat Maulud sebagai eid.

Ingat juga waktu nabi nak pilih kaedah panggil orang solat (azan), sahabat mencadangkan macam2 dari bunyikan loceng, pakai trompet dan pelbagai kaedah nasrani dan yahudi. tapi Nabi tolak.

Dan akhir sekali, 'Umar RA sendiri masa dicadangkan tahun Hijrah, dia tolak cadangan sahabat menyempenakan tahun hijriyyah dengan Maulid. Jadi, tengoklah bagaimana sahabat mengambil contoh Rasulullah berurusan dengan kelahirannya.

Ibn Jubayr dan ulamak2 yang diambil (katakanlah semua artikel ni betul) lebih baik dan alim dari Umar kot?

Jadi 'Umar RA ni, wahabi la? Saya nak ikut Umar RA dan Abu Bakar RA, sebab diorg jamin masuk syurga.

Ustaz nak ikut orang2 abad ke-8, ke-9, ke-10 ni ikutlah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman Sekarang

“Dan jika kamu mentaati kebanyakan orang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.” (Surat Al-An’am: 116)

Islam bukan berdasarkan majoriti. islam berdasarkan al Quran dan sunnah. Itu yang sepatutnya menjadi asas, bukan majoriti amalan ataupun perbuatan.

Ana bagi komen pasal kata2 Ibn taymiyyah, Ibn Katheer, dan lain2.

Bagi ana, kalau ayat AL hadid:4 pun ambil sekrat2, bagaimana pula dengan nukilan2 imam2 ini?

Ibn Taymiyyah telah menentang perkara ini dalam kitab seperti Iqtidaa Siraat al-Mustaqeem dan juga petikan dari al-Qawl al-Fasl (ms. 102) of Shaykh Isma’il al-Ansari.

" Dan pada ini seperti bid'ah yang dilakukan oleh sesetengah orang, sebagai bantahan sebagaimana orang Nasrani merayakan kelahiran Nabi isa AS ataupun kerana kasihnya kepada rasulullah, dan juga memuliakan baginda. Allah akan memberi ganjaran kepada mereka kerana kecintaan dan juga ijtihaad mereka, tetapi BUKAN KERANA BID'AH MENGAMBIL MAULID NABI SEBAGAI EED...

Dan perayaan seperti ini tidak dilakukan oleh para salaf walaupun wujud asbab yang memerlukan akan ia dan kekurangan asbab untuk melakukan akan ia. Dan adapun ini baik ataupun lebih dikehendaki namun para salaf lebih berhak melakukan ia lebih dari kita kerana lebihnya mereka cinta dan kasih mereka kepada Rasulullah SAW."

Begitulah sikap dan pandangan Ibn taymiyyah. Maka, jikalau kita tahu di dalam sepinggan nasi ada sebutir tahi anjing, kenapa kita nak juga makan nasi dan lauk dalam pinggan itu?

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadith dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm (’Ashura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis ‘ibadahseperti solat, memberi sedekah, membaca Quran …… JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI, RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA MENGAMBIL DALIL HADITH YANG TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA.

Inilah masalahnya dengan ahlil bid'ah, suka ambil ayat ataupun hadith keluar dari tajuk:

Nombor hadith 609, jilid 4, buku 55,

Diriwayatkan Ibn Abbas:

Apabila rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda mendapat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Mereka ( yakni orang Yahudi) mengatakan" hari ini adalah ahri yang paling mulia di mana Allah menyelamat Musa As dan menenggelamkan kaum Firaun".Nabi Musa berpuasa pada hari ini, inilah tanda syukur kami pada Allah".

rasulullah bersabda," Aku lebih hampir kepada Musa dari mereka". Oleh itu, rasulullah saw berpuasa (pada hari itu) dan memerintah kaum muslimin berpuasa pada hari itu juga".

Yahudi kalau nak berpuasa pun ikut "sunnah" Nabi mereka. Dan ingatlah juga, bahawa 10 Muharam itu adalah hari besar Yahudi, Yom Kippur di mana orang Yahudi berpuasa pada hari itu berikutan perintah di dalam taurat.
Itulah eid bagi mereka.

Padahal tiada kaitan dengan maulid Nabi. Nabi suruh berpuasa pada hari Asyura, jadi adakah kitanak berpuasa pada hari Maulid padahal nabi pun tak suruh?

Ustaz moden janganlah main cut and paste tanpa melihat rasional hujah. Dah le, hujah datang dari email-email spam pulak.

Sekarang kita masuk bab tawarikh:

Kita lagakan dua hujah ustaz moden:

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim

Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdoa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/wahabi

Kita bandingkan dengan hujah Ustaz moden yang lagi satu:

Malah, gerakan keagamaan tak luput dari serangan, seperti Gerakan Wahabi di Hijaz. Sejak pertengahan abad ke-18 gerakan ini dimanfaatkan Inggris - melalui agennya Ibn Sa’ud - untuk menyulut pemberontakan di beberapa wilayah Hijaz dsk, yang sebelumnya gagal dilakukan Inggris lewat gerakan kesukuan

Kalau masuk ICJ, insha ALlah menang.

Pertamanya, Muhammad Abd Wahab dikatakan dari Nejad dan lahir pada 1701. Dan gerakan wahabi dikatakan muncul pada pertengahan abad ke-18. Padahal Ibn wahab ni masih lagi tinggal di Nejad dan tiada kuasa melainkan selepas pertemuannya dengan Ibn Saud di Nejad pada 1744 dan wilayah kekuasaan "wahabi" ini hanyalah sekitar dir'iyyah. Cuma selepas anak Ibn Saud yakni Abd Aziz menggantikan Ibn Saud, barulah mereka keluar dari dir'iyyah dan menguasai nejadpada 1765. Hijjaz hanya dimasuki selepas 1802. Wilayah sehingga Ibn Wahab hanyalah sekitar sempadan tabuk dan kuwait sahaja.

Jadi, wujud konflik fakta, di sini. Adakah benar Wahabi gerakan dari Hijaz yang ditaja British? Kerana fakta asal pun dah salah kerana kekuasaan Ibn Saud tidak keluar dari dir'iyyah Nejad. malahan anak Ibn Saud pun mati pada 1803.

Jadi, bagaimana Ustaz moden nak persembah faktanya? Ataupun copy and paste sahaja tanpa baca?

Lagi satu tentang Ibn Wahab berdakwah benda pelik2. Pernyataan yg sangat umum, macam nak kata ustaz pergi sekolah kena buang pasal ajar perkara pelik2. Kalau sisters in Islam, pakai tudung pun pelik.

Jadi hujah umum macam ni tak boleh pakai.

Ustaz moden, bila nak jawa hujah ana? takkan main copy and paste saja?

Patutlah boleh maintain banyak blog...

Unknown said...

saudara seislam: salam, trimas kerna singgah disini.

saya mula2 igt sapa la ustaz moden tu.sbb tgk tajuk tulisan dia kat malaysiakini.tu yg tersinggah situ.

tu la cara yg sebetul.ikut hujah, bukan ikut majoriti.

harap2 dia dapat menerima ilmu secara intelek..copy paste ni bnyk rosak dpd baiknye..

Anonymous said...

salam...

sure it's tough being a doc!esp time HS 2 thn. i heard 36 hours non-stop 3 times per week (on call)!!!

ive been in HSNZ b4.judging from the junior's doc there,the way they dress n also their face's mimicry,its like they kinda didnt hv enough time to take care of themselves. sangat lain dengan doc2 russia yg sangat bergaya kat sini! =)

tapi pape pon,saye rase yg penting deep inside us gak either kite buat keje ikhlas ke tak.ikhlas kite buat,sepadan laa balasannye.biar lelah,janji puas!

Unknown said...

malaysia xdela teruk mana.ramai suke compare msia dgn cara yg x berapa tepat.x sesuai dibandingkan msia dgn negara2 barat sedangkan msia sendiri cuba utk sediakan 27juta dgn budget yg limited.

apa2 pun, malaysia mmg terbaik!

Penanam Sayur said...

Salam bro.
Tahniah. Dah ble panggil dokter azri la skrang ni kan?

Unknown said...

salam bro.belum lagi la..x abes belajar lagi.aku tgh wat praktikal kat msia skrg.nanti akan ku pulang negara lembu2 fernleaf tu hujung julai plak..

azzahra said...

"will I be able to stand it should I come back for good end of this year? "

yup that is the question

Unknown said...

lambat lagi kalo ye pun. =).