Assalamualaikum
in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful
Alhamdulillah, hari ini kita dah masuk hari ke -27 berpuasa. Sejauh mana efektif puasa kita, semua pengetahuan tu hanya milik Yang Esa. Secara peribadi, kita sendiri boleh menilai sama ada puasa kita mampu mengatasi tahap lapar dan dahaga sahaja.
Di sini bukan medan untuk membuka pekong di dada sendiri mahupun orang lain. Kita sendiri yang menjadi kedua-dua pelajar dan pengkritik.
Apa-apa pun, saya di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya dengan ikhlas meminta maaf Zahir dan Batin(x yakin ada buat salah secara batin pun).hehe...
Kali ni kali ke-2 berturut-turut saya dapat beraya bersama keluarga. Best!
Alhamdulilllah tahun ni agak bermakna sebab semua ahli keluarga dapat bersama-sama setelah beberapa bulan/tahun. Mungkin rezeki kami semua lain=lain, sebab banyak yang bermaustatin di luar.
InsyaAllah saya akan berada di Johor Bahru untuk raya yang pertama. Raya kedua dan seterusnya, saya akan berada di Kuala Lumpur sampaila ke raya keempat.
Siapa2 yang mengenali saya, dijemput datang ke rumah. Nak jemput ajak saya beraya pn xpe. Nak ajak melepak pn xpe.
Raya keempat saya akan bertolak ke Kulim kembali untuk menyambung tugas berkhidmat untuk negara.
Okla, panjang lebar plak.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya, maaf Zahir dan Batin!!
artikel bermakna untuk sambutan raya - Ziarah Kubur Dan Bersedih Pada Hari Raya?
till next time,
assalamualaikum
1 comment:
Selamat Hari Raya Azri!!
Post a Comment