Sunday, February 01, 2009

2 BUY- elections

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

***update***Salah satu ahli daripada kedua2 ADUN PKR telah menafikan dia telah meletakkan jawatan.***update***

2 ahli PKR telah meletakkan jawatan di Perak. Rakyat Malaysia bakal menyaksikan 2 pilihanraya kecil di Perak dalam tempoh 60 hari lagi.

Walaupun yakin PR akan menang lagi, ia merupakan satu tamparan yang sangat hebat kepada UMNO dan BN jika mereka kalah lagi. Mereka tidak boleh kalah, kerana jika terjadi maka lebih baik Datok Seri Najib meletakkan jawatan sahaja. Dia telah gagal dalam 2 pilihanraya kecil sebelum ini, maka kredibiliti beliau akan teruk terjejas jika kalah lagi.

Berdasarkan kenyataan Pak Lah awal hari ini, beberapa ahli PKR akan seberang parti. Ramai YB daripada BN komen macam2 tentang perpindahan ADUN Bota baru-baru ini. Satu prospek yang menarik untuk melihat bagaimana pendapat mereka jika ADUN PKR yang seberang parti ke UMNO? Segala tohmahan untuk UMNO yang masuk PKR, tetapi jika sebaliknya, ia dilihat sebagai tindakan yang bijak oleh ahli2 PKR ini. Adalah kesalahan jika UMNO masuk PKR, dan PKR masuk UMNO pula macam mana ya?

Kepada ahli2 PKR yg ingin berpindah, terimalah duit sogokan tu dan silalah anda menjadi insan yang hina dina di kaca mata rakyat Malaysia. Menjadi insan yang hina di kalangan rakyat Malaysia itu telah terjadi ke atas sorang bekas ahli PKR. Apa nilai duit ketika itu...

Saya baru sahaja habis menonton tenis Terbuka Australia, Roger Federer teresak-esak menangis kerana tidak berjaya menjulang piala. Walhal, dia telah memenangi AD800k kerana meraih tempat ke-2. Apalah erti duit untuk dia, bukan seperti beberapa orang yang korup itu.

Saya secara prinsip tidak berapa setuju dengan lompat parti. Pertamanya tiada satu kayu ukur pun yang mampu tentukan samada kerusi dimenangi itu adalah kerana kekuatan calon atau kekuatan parti.

Tapi saya juga percaya tidak wujud konsep setia membabi buta. Ini kerana samada UMNO atau PAS atau PKR, itu adalah antara wadah2 perjuangan yang boleh dipilih mengikut konsep demokrasi.Jika Parti A sudah lama menyimpang, apa guna untuk setia pada parti lagi? Untuk pihak agama X hendak berpindah ke Islam, ianya mungkin dilarang sekiranya konsep kesetiaan membabi buta yang dipraktikkan.

Mungkin dalam erti kata politik, pilihanraya kecil adalah cara terbaik untuk menentukannya. Tapi perkataannya ialah BY-election ya, bukan BUY-election. Dah 50 tahun merdeka, kami bukan bodoh lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Haha.. marah bang? jgn marah.. nanti kene jual.

Peliwa* tu tak kisah pun time BN masuk PKR.

Awat ckp org kongkalikong lak. nak ikut kan PR lebih popular skrang. Tak mungkin wang ringgit mampu beli semuanya. Maruah diri lebih bernilai.

Sapa tak suka dapat "kawan baru". ;p

Anonymous said...

saudara azri.

secara jujurnya... saya agak kecewa dengan posting2 pada laman blog anda sejak kebelakangan ni.terutamanya bila berkaitan dengan isu politik. saya amat suka bile saudara bercerita mengenai islam dan menyelitkan ayat2 al-quran dan sunah serta pendapat ulama.

tapi bila saudara menulis berkaitan hal politik, saya merasa sangat kecewa. saudara sudah terang-terangan sejak kebelakangan ini menulis sesuatu yang nyata memperlekehkan kerajaan sekarang dan merestui segala tindakan parti pembangkang. contoh yang paling mudah adalah berkaitan isu lompat parti. walaupun saudara ada menyatakan yang lompat parti ini bukan tindakan yang betul, tapi gaya tulisan saudara hanya memperlekehkan tindakan mereka yang melompat ke umno walaupun hakikatnya ada pihak dari pkr yang melompat dari umno. coverage saudara tidak cukup adil disitu walaupun sebelum ini saudara menyatakn yang saudara neutral kalau bab berpolitik ni.

mungkin saudara ingat saya ni penyokong umno. jawapan saya tidak. saudara boleh anggap saya seorang penyokong kerajaan yang stabil. saya amat tidak suka melihat keadaan politik semasa yang bergolak ini. pembangkang pada pandangan saya ketika ini hanya mengguanakan isu2 perkauman terutama kes kugan ( membuatkan saya teringat pada peristiwa pasca 13 mei apabila seorang ahli politik melayu dan india dibunuh dalam dua kes berasingan tetapi beribu2 orang india berarak sewaktu majlis pengebumian ahli politik india itu dan menimbulkan kekacauan). berbalik pada soal pembangkang tadi, jika mereka bersabar dan tidak memulakan claim lompat parti dahulu ( adakah saudara sedar akan kerugian yang dialamai negara akibat tindakan dato' seri anwar berkaitan 16 septembet), perkara ini tidak berlaku.saya harap pembangkang sebagai ahli parlimen dapat membantu dalam membangunkan negara ( mungkin dengan cara mereka) tetapi tidak dengan membangkitkan isu yang mempengaruhi kestabilan negara. nasib baik saya mempunyai kawan 2 berlainan bangsa yang memahami bahawa isu yang dibangkitkan hanyalah cubaan untuk mengganggu keharmonian antara kaum di negara ini dan tidak menjejaskan persahabatan kami..mereka semua adalah orang yang berpendidikan

sekian saja komen saya disini. diharap saudara selepas ini dapat membuat pertimbangan sewajarnya dari kedua belah pihak sebelum menulis ( jika saudara masih merasakan saudara seorang yang neutral). jika saudara rasa saudara sudah menjadi pro-pembangkang, teruskan sahaja ulasan2 anda yang memburukan kerajaan sementara pembaca-pembaca blog yang neutral seperti saya ini mencari juadah baru untuk santapan minda.

Unknown said...

saudara,

sejak drpd 1999 sampaila sekarang, kita semua sedia maklum media di Malaysia sangat tidak adil. Tetapi apabila saya pulang ke Malaysia bulan lepas, senario ini tidak berubah walaupun tsunami melanda Malaysia, dan mesej2 drp p/raya PPauh dan KTganu tidak berjaya diterima oleh BN. Liputannya masih sama, dan rakyat Malaysia terasa marah apabila dibodoh2kan. Saya mengaku kebelakangan ini saya berat sebelah kerana saya ingin menyampaikan maklumat yang tidak ada dalam Utusan dan TV3.

Kita semua juga terima apakah yg mewajibkan rakyat Malaysia menyokong BN dan kenapa PR harus ditolak? Kan katanya demokrasi.BN seperti semua manusia juga sifatnya tidak maksum, maka kritikan adalah dibenarkan. Saya tidak kata lompat parti daripada UMNO ke PKR itu betul/salah 100%, tapi point saya ialah apabila ahli UMNO lompat ke PKR, Pak Lah dan banyak pemimpin BN komen macam2 terhadap lompat parti dan tiba2 keperluan ada undang2 yang melarang lompat parti.

Tetapi keempat2 yang masuk BN hari ni tiada pula Pak Lah kata mereka ini lemah semangat dan macam2 lagi.

Saya tidak membangkitkan soal perkauman. Saya tulis dalam entry itu yang ini adalah isu nasional. Samada orang itu Melayu, Cina atau India pun, apa hak polis untuk bunuh tahanan? Sama ada bersalah atau tidak, bawak ke mahkamah.

Jika anda rajin membaca analisis2 pengkaji politik, anda akan sedar keharmonian antara kaum adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kepimpinan Tun. Bila saya kata kena luaskan bacaan, ada pengkomen2 lain yang kata macam2, hakikatnya memang kita kena baca kedua2 belah pihak, kemudian barulah pertimbangan dibuat. Tulisan2 Tun M juga selalu saya quote'kan.

Saya terima segala point2 yang betul saudara naikkan. InsyaAllah artikel2 agama akan saya teruskan. InsyaAllah saya akan tulis bende2 lain secara lebih adil selepas ini.

Tetapi janganlah kerana saudara tidak setuju dengan saya, maka tulisan2 saya dikira tidak adil. Saya hanya guna perkataan2 yg disebut pemimpin2 itu.