Sunday, January 04, 2009

Arus Perubahan

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

minggu lepas, penceramah kuliah maghrib di TTDI mencadangkan agar khutbah Jumaat minggu lepas digunakan untuk menerangkan isu Palestin-Israel ini. Satu cadangan yang cukup menarik, tetapi akhirnya khutbah yang dibentangkan bertajuk Taqwim Muslim. Ia bukanlah khutbah yang tidak menarik, tetapi tidak kena pada tempat dan waktu. Sudahlah tajuknya biasa, imam pula hanya membaca teks itu. Untuk yang mendengar, khutbah itu tidak merangsangkan minda, dan yang tidak mendengar tidak kurang juga yang mata2 lelap.

http://maszleemalik.blogspot.com/2009/01/ke-manakah-majlis-fatwa-kebangsaan.html


Ust Maszlee(pensyarah UIA/penceramah popular) mengupas isu Palestin ini dengan cukup padat dan tepat. Beliau mengkritik Majlis Fatwa dan pihak2 autoriti agama yang terlalu pasif, seolah2 tiada apa2 yang berlaku di sekelilingnya. Peliknya Mufti2 yang pasif ini, apabila cadangan yang berdasarkan Quran dan Sunnah ditentang, dan apabila tiada isu mereka hanya mungkin bergerak memberi kuliah di negeri masing2. Adakah mereka tidak sedar, mereka ini pemimpin? Adakah mereka tidak tahu maksud pemimpin? Ataupun tidak tahu memimpin? Ataupun apabila gaji disuap, mereka hanya diam?

Masyarakat Islam dahagakan penyumbang2 ilmu dan penggerak tenaga minda Muslim. Kita tidak meminta mereka memimpin kita ke medan perang, kita minta mereka memimpin kita seperti Rasulullah maju di hadapan menguasai satu demi satu misi.

65. Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti[623]. [Anfaal-Ayat 65]

Satu isu lagi yang dikupas Ustaz Maszlee ialah perbezaan demonstrasi di London dan Malaysia. Di London, perbezaan warna kulit dan ideologi politik diketepikan apabila ramai2 turun berdemonstrasi. Di Malaysia pula, seolah2 ada perlumbaan di antara parti2 politik untuk kepentingan sendiri. Padahal jika pemimpin2 UMNO, Keadilan dan PAS mampu berdiri dan bersuara sebagai satu, maka jumlahnya akan kelihatan besar dan lebih efektif kesannya.

Kita pemuda selalu memikirkan kita tahu padahal kita tidak. Suka memikirkan kita menolong padahal kita tidak. Suka berbicara tetapi kurang pula aksinya.

1. Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

2. Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Quran pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,

Perlu perubahan saudara. Janganlah berbicara tentang Palestin jika jari anda masih lagi memegang rokok Dunhill dan lain2. Jangan menampakkan diri anda individu yang 'bodoh'.





Teruskan menghulur derma. Ramai yang menanti sumbangan anda. Hospital di sana kekurangan ubatan dan rakyatnya menderita kekurangan makanan. Publish-kan apa yang sumbang tanpa niat untuk riak. Islam benarkan hal ini,

Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. [2:271]

Kita juga pelik pihak2 seperti Kristian yang senyap dalam hal ini. Anda mempunyai misi Palestin sebagai tanah suci anda, dan itu hak anda. Tetapi kenapa pihak anda seolah2 membenarkan keganasan berlaku? Dalam Al-Quran, peribadi Kristian ini dinyatakan,

27. Kemudian Kami iringi di belakang mereka dengan rasul-rasul Kami dan Kami iringi (pula) dengan Isa putra Maryam; dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang- orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah[1460] padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keridhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka pahalanya dan banyak di antara mereka orang-orang fasik.

tetapi bagaimana sekarang?

sungguh banyak perkara yang perlu difikirkan, dan banyak juga tindakan2 yang perlu diambil.Sekadar berbicara, baiklah kita pergi main dam di kedai kopi dan cakap berapi. Semua orang boleh buat kot.

till next time
assalamualaikum
p/s: Torres is back.Man City lost to Forest.lol!!

No comments: