Thursday, September 04, 2008

PENCURI!!

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

165. Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri." Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.  165-Al-Imran

Mungkin ia kerana terlalu kerap berlaku, kita tahu tetapi kurang sedar tentang kewujudan fenomena ini.  Di mana kita lihat Islam sedang naik di negara2 atas angin dan Kristian meningkat di negara2 membangun, penganut2 mereka melakukan perintah agama dengan bangga dan rasa segan itu mungkin kurang wujud. 

Berbeza dengan kita, Islam sudah berada di Malaysia beratus tahun lamanya. Islam juga sudah diMelayukan, sehingga mereka yang terlalu bergantung kepada ilmu 'lisan' dan ilmu 'ustaz itu dan ustaz ini' tidak dapat membezakan yang mana adat dan yang mana agama. 

Melihat kepada perspektif realiti sekarang, pemilihan rakan juga banyak secara langsung mempengaruhi keperibadian kita. Ramai daripada kita tidak minum arak ataupun ke kelab malam. Tetapi seakan akan kita segan sebagai contoh utk solat kalau kita kuar dengan kawan2 yang tidak solat, walaupun kebiasaanya kita bersolat 5 waktu tiap2 hari. 

Segan, mungkin itu perkataan yang betul. Kena dengan keadaan? Mungkin tidak betul 

Tanpa melihat jauh, kita lihat pada Ramadhan yang berada di depan mata. Kita dianugerahi minda yang cergas dan cerdas. Memang kita sibuk dengan hal itu dan hal ini, saya sendiri juga begitu. Tetapi kita sentiasa boleh bermain dengan keadaan. Kita mungkin tidak dapat turun solat berjemaah, hadiri ceramah atau segan menyampaikan peringatan kepada rakan2. Tapi banyak alternatif yang bukan saya yang beri, bukan Ustaz anda atau ustaz saya yang bagi, juga bukan Imam mazhab yang bagi, 

"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga." (HR. Ibnu Huzaimah).

dan 

barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi). 

itu hanya sekadar satu contoh. seperti yg saya sebutkan diawal artikel, kita tahu tentang hal ini. Kita mungkin sibuk untuk ke terawih dan lain2, tp kita masih boleh 'mencuri' pahala orang lain. Dermakan saja semana mampu di masjid2 dan surau, kalau ada makhluk yang betul2 puasa pada hari itu, saham dia akan anda 'curi'.

Kenapa saya cadangkan yang diatas? Saya sendiri ada 3 shift malam minggu dpn. Hidup memang sibuk skrg. =)

till next time,
assalamualaikum
shift start kol 4pm-1130pm.gile tertekan kalau buke pose ngan brunch bar je..hehe.






8 comments:

azzahra said...

wah ada 3 shift mlm, tu dh mcm eod dh

kitorg at least paling teruk pun twice je in a week oncall

oke good luck with that. make sure to bring sumthing other than a breakfast/brunch bar.. pizza? sandwich?

Unknown said...

hehe..kalo surgery lg best.weekend dua2 hari pn kene kekadang..

shakey's kat sini x halal.bestnya kalo ada org antar dpd msia ke..hehehe.

Penanam Sayur said...

Brunch bar perasa kurma ...

azzahra said...

orite nnt sy bw shakeys! heh

oporto xde ke? thats where we ate chicken in sydney

azzahra said...

we ate at bondi beach. and all fresh oz chicken are halal. not sure about their new zealand menu though

xpe, budak2 overseas ni sure can cook

Unknown said...

penanam sayur: xpe2, satu hari turn ko sampai gak kot.tau xpe.

Unknown said...

azza: bnyk je kedai halal.kat luar hosp pun ada kedai kebab n pizza halal.tp malas plak nak kuar 30 minit.tu pun kalau makanan siap cepat.

yeah, right. kitorg mmg expert.hehehe..masak pakai perencah ada aa.=)

azzahra said...

oo yeke. buat mcm kitorg sini: delivery pizza n mcd sampai kt pintu labour room!

oo! perencah, buat from scratch hebat skit