in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful
Hari ini hari ke-15 umat Islam berpuasa di NZ. Di Malaysia, hari ke-16 dah. Cepat masa jalan kan...
saya sendiri x berapa sihat hari ni. Nak gi kelas pun tak larat. Apatah lagi nak kerah otak nak menulis yang berat2 kat sini. Saya pendekkan cerita, sekadar nak kongsi ayat al-Quran dari Surah Ibrahim
31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada bari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.
Bak kata orang, bukan kuantiti itu yg penting. Tapi kualiti. Bukan jumlah duit yg disedekah itu perkara terpenting, tetapi niat itu yg Allah nilai.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara
yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih. Sumber:Hadith 40 Imam Al-Nawawi
Saya yakin saya pernah terbaca ayat Quran yang benarkan sedekah dibuat secara terang-terangan, dengan tujuan ia dijadikan tauladan. Saya mmg x igt langsung ayat mana. Siapa2 bole tolong? Kalau salah tolong ingatkan.
insyaAllah, akan menulis lagi
assalamualaikum
p/s: Doa yg diajar dalam Quran,
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.(Surah Ibrahim ayat 40)
9 comments:
hari ni boss aku sembang ngan aku, pasal baca doa kuat2 lepas sembahyang. Dia kate kenapa nk kne baca doa kuat2 lepas sembahyang, sedangkan rasulullah sendiri kadang2 je baca kuat2 lepas sembahyang, tu pun sebab nak ngajar orang, cam perangat la cam tu.
Tapi pendapat aku elok di baca kuat2..bleh aminkan doa sambil blajar.
Kalau orang "diganggu" dengan bacaan doa you yang kuat2 tu, sampai ke niat you nak mengajar orang? Kenapa perlu paksa orang aminkan doa dan belajar dari you? Not saying your intention is not noble, but you will defeat the nobility if it is paksaan in principal. Dakwah secara halus lagi hebat impaknya daripada dakwah yang berlandaskan pendapat semata-mata. Cara untuk berdakwah secara halus for eg starts with: Orang menyenangi kehadiran kita. Not annoyed.
amir/p.sayur: bro, agama akan jadik kucar kacir kalau semua bende hendak ditegakkan pakai pendapat masing2.agama, mcm gak bidang2 lain seperti perubatan n kejuruteraan, semuanya berasaskan hujah dan bukti.
apa yg bos ko sebut tu btol la.mmg xde wirid dan amin doa ramai2.Nabi ada buat tp sekali sekala untuk tujuan mengajar.untuk mencari dalil aku suka ke website2 macam al-ahkam.net utk melihat hadith2 dan hujah Quran.cari je kat bahagian soal jawab kat al-ahkam tu.
doa tu permintaan kita, adalah lebih baik kita sendiri yg mintak kepada Allah. dalam bahasa melayu kalau tu bahasa yg kita gunakan.
anon: thanks!
my experience yg kemungkinan besar xleh dijadikan hujah ialah:
sejak kecik doa2 dibaca dek pak imam x pernah aku faham, dan bgaimana pkara yg aku x paham boleh dtgkan kesan pd diri? Lepas faham maksud barulah boleh blaja, oleh itu marilah kita belajar Quran dgn cara yg baik - tahu makna.
anon:in another view, there are a very fine line between pleasing Allah n pleasing people.
Do not take the snapshot, but please understand the real meaning of something. We cant please everybody btul x Dr Azri?
Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. [2:271] Wallahu'alam
get well soon
Anon 2: The fine line is clear in Surah Al-Imran. “Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka mebuat perhubungan dengan Allah (hablumminallah) dan membuat perhubungan dengan manusia (hablumminannas)” (Al Imran: 112). Kalau dapat dua-dua sekali lagi bagus, bukan? Disukai Allah dan juga disenangi kawan-kawan, apatah lagi bos anda.
anon(dua2): masing2 ada cara sendiri.sy x rasa anon yg awal2 tu kata nak membelakangkan Allah.macam main bola, ada yg suka defensive, ada yg suka offensive, ada yg suka counter attack.asalkan cara btol, xpe la..bro p-sayur tu tanya soalan ringkas je, patutnya dalil soalan tu yg kita cari.bro p-sayur tu pun bukan argue ngan boss dia, dia kata pendapat dia je.
rafi: thanks bro!
azza: thanks gak.dh rasa ok sket skrg. URTI je ari tu
Post a Comment