Thursday, February 10, 2011

Valentine's Day Part 2

Assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

Part 2

Valentine's- Sangat kurang faktanya

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

Kebanyakan kita sejak dari bangku sekolah lagi disuap dengan maklumat, ilmu dan segala jenis bende oleh cikgu-cikgu.

Suasana yang pasif ini menyebabkan kebanyakan kita menerima bende seadanya, tanpa mempersoalkan kesahihan atau kebatilan kenyataan2 guru2 itu.

Lihat sahaja tarikh 14 Feb ini, yang dipanggil Hari Kekasih atau Valentine's Day.

Begitu banyak cerita buruk tentang Valentine's ini, dari seorang Paderi yang menentang kerajaan, pembunuh Muslim, bercinta walaupun dia seorang paderi dan macam2 lagi. Dari mana sumbernya pun, tidak pernah diberikan.

Saya juga pernah terlintas tulisan seorang warga bukan Muslim dahulunya di Myspace. Saya tidak sempat membaca keseluruhannya. Apa yang beliau tulis ialah cerita2 baik tentang St Valentine ini.

Secara intelektualnya, dan sebagai seorang Muslim kita tidak boleh memfitnah orang sesuka hati, baik dia Muslim atau tidak. Jika anda tidak tahu apa fakta dan apa 'auta', baiklah anda jangan berbicara. Janganlah anda cuba berlagak pandai terutama dalam hal agama.

Jika ditanya oleh bukan Muslim, jika anda tidak berjaya meyakinkan hujah dengan ilmu dan sumber yang sahih, dan lebih malu jika pihak non-Muslim itu pula kata sumber pihak Kristian mereka mengatakan St Valentine itu adalah orang jenis itu dan ini. Anda bukan sahaja memalukan diri anda, tetapi impak lebih besarnya ialah anda menjatuhkan nama Islam.

Dan janganlah kamu sekalian menyerupai Yahudi dan Nasrani. H/R Ahmad.

Kenapa tidak kita menyambut Valentine's Day ini ialah kerana bukan perayaan kita. Tidak kiralah sama ada St Valentine itu pengebom berani mati ataupun pencinta wanita, perayaan ini tiada dalam agama kita.

Jika anda begitu semangat nak buktikan St. Valentine itu orang ini dan itu, silakan. Anda akan menjadi lebih berilmu daripada saya, dan jika anda rajin silalah kongsikan.

Dari Ibn Umar ra berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka. H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.

Untuk saya, Ringkas alasannya. Valentine's Day bukan hari perayaan Muslim.

Saya berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana berkhutbah tajuk Ajaran Songsang dan Valentine's. Cume lebih baik kalau penyampaiannya lebih efektif. Lebih baik juga kalau Pemuda PAS, Pemuda UMNO dan pihak2 NGO dapat bersatu dalam mencegah maksiat. Masing2 terlalu sibuk berpolitik hingga laungan2 politik itu hanya menjadi retorik pada akhirnya. Masing2 ada BIRO agama yang hanya BIRO pada nama sahaja. PAS juga terlalu asyik berpolitik. Pemuda2 di bawah dibiarkan sahaja oleh pihak2 agama ini.

Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliah. H/R al-Bukhari.

Yang harus diterangkan ialah implikasi menyambut perayaan ini. Kesan masa pendek dan masa panjang terhadap pembangunan Islam dan negara.

till next time,
assalamualaikum
p/s saya tau kalau la pencegahan Valentine's ini sesenang kata2 di atas. Tapi apa pun, memfitnah orang bukanlah caranya.

Please, should you disagree, let us take this issue academically.

till next time,
assalamualaikum

No comments: