Saturday, October 18, 2008

Belajar mempersoalkan

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

kadang2, seperti yang saya tulis pada entry2 yg lama, sesuatu amalam yg kita pegang terlalu lama, kita tidak pernah mempersoalkan sama ada itu adat ataupun ibadat. yang adat dikenali sebagai adat, dan yg mengamalkan ibadat dituduh pengkhianat kepada tradisi adat.

sy kecewa dengan diri sy sendiri bila berhujah pagi tadi, kerana jelasnya kekurangan ilmu sy berhujah dengan 'ustaz ni kata ni, ustaz tu kata tu'.

sy bukan hendak membangkitkan isu2 kecil seperti dibawah ini. tetapi niat saya ingin membuka mata saudara agar mengamalkan Islam seperti yg disuruh sahaja, dan meninggalkan amalan yg tidak diajar, walaupun ia kelihatan seperti amalan yg baik. Seperti kata2 umar abd aziz 'bidaah itu sesat w'pun ia kelihatan mulia'. ayat yg lebih lengkap ada dalam buku popular hadith 40 yang ada di sume masjid kat malaysia.

"MAKA BERPEGANGLAH DENGAN SUNNAHKU(RASULULLAH S.A.W) DAN SUNNAH KHULAFA AR-RASYIDIN AL-MAHDIYYIN.BERPEGANGLAH DENGANNYA DAN GIGITLAH IA DENGAN GIGI GERAHAM . JAUHILAH KAMU DARI PERKARA-PERKARA YANG DIADA-ADAKAN(DALAM AGAMA) , KERANA SETIAP YANG DIADA-ADAKAN DALAM AGAMA ITU BIDAAH DAN SETIAP YANG BIDAAH ITU SESAT"(SUNAN ABU DAUD)"

soalan2 di bawah ini diharap dapat membuka mata agar saudara mempersoalkan samada amalan yg anda lakukan itu adat atau ibadat. Jika adat, anda hanya dapat letih dan pahala yg hampir pasti tak dapat. Amalan itu bukan sekadar niat sahaja kene betul, tetapi amalan itu mesti berlandaskan hadith2 utk cara dan hasil yg terbaik.

Soalan 1) Saya ingin bertanya....adakah bacaan al-fatihah yg ingin kita sampaikan kepada yg telah meninggal dunia sampai dan diterima oleh mereka?Terima kasih.

Jawapan - Mengirim bacaan al-Fatihah kepada si mayyit adalah amalan keMelayuan sahaja dan tiada sandaran dari AQ maupun asSunnah. Ini amat menghairankan kerana jelas dalam madzhab Syafi'iy, pahala bacaan al-Qur:an tidak sampai kepada mayyit. Ibn Kathir (tafsir surah anNahl) memetik kata2 Imam Syafi'iy ra bahawa bacaan al-Qur:an dari orang yg hidup tidak sampai kepada mayyit. Lajnah Fatwa dan penyelidikan KSA juga memfatwakan amalan ni tiada asalnya. Namun kita berlapang dada kerana terdapat perbahasan dalam isu ini dari fuqaha' mutaakhirin yg mendokong amalan tersebut. Tapi yang lebih hampir kepada kebenaran ialah pendapat al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'iy yg hidup di awal Islam. sekian

Soalan 2) mengenai tahlil, para tabien dan tabiut yg buat betullke?? tetiba saja ad hamba allah kata ia dr tabiin dan tabiiut?? adakah ia benar?? setau saya imam syafi'i dr kalangan tabi'in dan tabi'ut kan?? kalu slh tlg btulkan...

Jawapan - Upacara berkumpul di rumah si mati untuk selamatan yang dipimpin oleh pak lebai dengan membawa wirid dan kemuncak wirid itu ialah membaca tahlil. Maka dinamakan majlis tahlil arwah (Malaysia) atau tahlilan di Indonesia.

Jika di kalangan tabi'in, ialah Imam Syafi'iy dan Imam Syafi'iy, beliau mencela amalan tahlilan arwah dalam kitabnya al-Umm, bahawa Imam Syafi'iy membenci berhimpun di rumah mayyit." sedangkan masa itu hanya berkumpul sahaja tanpa ada upacara tahlilan. Itupun sudah dicela oleh Imam Syafi'iy, jika ada upacara membaca tahlil beramai-ramai, sudah tentu Imam Syafi'iy akan bertambah benci akan amalan begitu.
Maka dakwaan si fulan itu adalah dusta dan zaman tabi'in dan tabi' tabi'in adalah zaman keemasan Islam, yakni Islam tanpa bid'ah. Islam murni dan asli. WA

Soalan 3) di sini ana ingin bertanya apakah hukum membaca surah al fatihah pada permulaan majlis?
Adakah ia satu sunnah?

Jawapan - Amalan membaca Fatihah di permulaan majlis tidak ada sandaran daripada syariat Islam. Sedangkan amalan ibadah mestilah disandarkan kepada dalil daripada Quran dan Sunnah. Amalan ini tidak didapati dalam kedua-duanya.

disini bukan medan utk bertengkar.jika anda berkeras ingin lakukan, silakan. tapi jgn gunakan nama Rasulullah untuk anda mempertahankan hujah anda. Katakan pada jemaah anda, itu amalan saya, dan saya tiada kuasa nak bagi pahala pada jika kalian hendak mengikuti saya.

kebanyakan anda semua pelajar universiti, sepatutnya semua aspek dari akidah hinggalah kepada amalan hendaklah bergantung kepada kefahaman dan berlandaskan bukti2 Quran dan Sunnah. Kata2 Ustaz boleh dipersoalkan jika mereka tidak berjaya datangkan bukti.

till next time,
assalamualaikum
p/s Shocking!!! --> but MCA says Umno dominates BN. It seems like everyone is now questioning UMNO, and you might wonder why is Khairy Jamaluddin is struggling to secure enough votes for the upcoming UMNO elections.

5 comments:

Imran Razali said...

Salam

True. Lgpun 3 perkara saje yg boleh beri manfaat kepada si mati, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh/solehah. Dan tahlil tu pun mmg sebenarnya membebankan keluarga si mati in many ways.

Nak komen sket ttg soalan ke - 3

Mmg betul tiada dalil spesifik. Tapi tiada salahnya jika hendak dibaca Fatihah pada permulaan majlis kerana dalam surah Al Fatihah itu sendiri merupakan satu doa (specifically ayat tunjukkan kami jalan yang lurus...). Saya rasa tiada salahnya berdoa pada permulaan satu majlis.

Cuma kalau orang kata kena baca Fatihah sebab "so and so" buat etc. then itu mmg salah. Tp apart from that, tiada salahnya untuk berdoa pada permulaan majlis.

Cuma tak silap ar, the best way utk mulakan sesuatu majlis adalah dgn membaca intro standard khutbah jumaat, dimulakan dgn pujian ke atas Allah, selawat ke atas Nabi, etc.. (tak silap ni mmg ada riwayat kan?)

Wallahu'alam

Penanam Sayur said...

Quoting from what che det say :
"Bagaimana penting sekalipun pencalonan oleh bahagian-bahagian bagi melayakkan seseorang calon bertanding untuk mendapat tempat di dalam Majlis Tertinggi UMNO; kata putus bukan di tangan mereka. Ini terletak di tangan perwakilan ke Mesyuarat Agong"
Jadi, nasihat saya pada khairy,dapatkan pencalonan minimum, dan sediakan mas kawin byk byk di mesyuarat agong, hahaha

Anonymous said...

Betul tu saudara, kita mesti berpegang dengan Quran dan Sunnah sekuat yang mungkin..

Harap analisa2 yang senegini penting dapat diperluaskan kepada topik2 yang lebih signifikan dan bukan sahaja menyalahi, malah menentangi Q&S. Sperti open house, individualistik, materialistik, fenomena cyber cafe dan pornografi, banyak makan pd waktu yang salah dan bnyk sangatlah lagi.

Kerana pd saya terlalu bnyk perkara yang jelas2 bertentangan dan lebih memudaratkan tidak pula didiskus.

Islam berkembang di seluruh dunia, diskusi2 hebat dijalankan dan dunia semakin mengenal erti Islam yang sebenar-benarnya. Tetapi tidak di Malaysia.

kita gagal mengenalpasti apa masalah sebenar. Tiada apa mudarat dgn semua yang anda sebutkan di atas itu, tp mudarat yang paling besar ialah kita tidak ada kekuatan untuk mengajak pada kebaikan, dan menghalang kepada kejahatan. Saya setuju dgn anda, yg segala perbuatan mesti berlandaskan Q&S, dan carahidup, fikir dan bertindak Nabi saw dan pengikutnya menjelaskan kenapa kita ada masalah2 ini semua..

Secara serius berani sy katakan, golongan2 agama perlu bersikap lebih agresif dalam mengajak kepada yang benar, dan bukan setakat mengisi masa kosong antara maghrib dan isyak di masjid, dan sibuk mengkaji dan menulis kitab2 sahaja.

Ustaz2 kita bersikap pasive dan gagal memahami dakwah yang sebenar.
Dan ramai juga ustaz2 yang terlibat dgn amalan2 kemelayuan, dan jahil dr mengetahui keadaan sebenar orang Islam. Syok sendiri.

- jiwa concern -

Anonymous said...

SOALAN 1 - saranan jawapan.

946. Abu `Amr (also called Abu `Abdullah and also Abu Laila) from `Uthman bin `Affan (May Allah be pleased with him) reported: After the burial of a dead man, the Prophet (PBUH) would stand by the grave and say, "Ask Allah to forgive your brother and supplicate for him for steadfastness because he is being questioned (about his deeds) now.''
[Abu Dawud]. - Riyadus salihin

IA BUKAN AMALAN MELAYU SAHAJA. DAN PERLU DI TEKANKAN, MANUSIA SGT2LAH SIBUK UNTUK BERDOA UNTUK SAUDARANYA MELAINKAN JIKA ADA ORGANIZER YG KUMPULKAN DAN SEDIAKAN MAKANAN. DAN ADALAH PELIK JIKA TERUS BERDOA JUKA TIADA AYAT2 SUCI QURAN DIBACAKAN TERLEBIH DAHULU. AL-FATIHAH ITU JUGA SATU DOA, SILA LIHAT MAKNANYA. SEHARUSNYA DOA HARI2 UNTUK SAUDARA2 KITA. DAN TERLEBIH AFDAL, AJAK MEREKA PADA KEBIKAN SEBELUM MEREKA MATI.ITULAH SEBENARNYA YANG LEBIH ISLAM.

Unknown said...

imran: aku x berani nak komen.sbb bila ramai dah start guna 'apa salahnya', akan menyebabkan timbul satu pendapat atas pendapat yg lain.aku cuba elakkan kalau bole.aku pn paham,agak susah bila pembaca doa 'disuruh'.

kekadang aku rasa aku sendiri macam ikut pendapat aku,dan aku rasa aku btol padahal aku mgkn salah.harap betulkan.

p-sayur: still struggling aku tgk dia tu.tp dia perlu 3 je lg kot utk benarkan dia bertanding.tp ramai dah bersuara.ramai yg bersuara,tp ramai gak keje bersuara kat belakang je.harap2 aku bukan golongan macam tu.ckp senang...

jiwa concern:niat sy bkn nak timbulkan soal2 kecil mcm ni.tp nak mencetuskan semangat ikut Islam berdasarkan kefahaman.mcm kita belajar Spm dulu yg ada jenis2 iman, n salah satu je taklid kan...

betul,ramai terlalu pasif.mufti yg dikenali kat malaysia ni dua je kot, mufti perlis n perak.tp alhamdulillah ustaz2 pro sunnah makin banyak, n bnyk guna internet skrg.sampai berjuta-juta visitors diorg.ramai yg dahagakan ilmu lagi sebenarnya..kita mengharapkan mufti2 lain dapat bangkit, termasuk institusi2 utama seperti Jakim.kita berterima kasih dgn mereka, tp usaha mereka masih x cukup.

anony: thanks bro!n sis? mana2 la eh..=)