assalamualaikum
dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani
adalah pilihan saudara/saudari untuk membaca atau ingin terus menutupkan mata. saya akan tulis secara direct dalam coretan kali ini.
saya terdengar khabar angin yang mengatakan Jumaat malam ni ada foam party(parti buih). Jika ditanya bole pegi ke x, yang bertanya pn tahu jawapannya. Saya percaya kebanyakan para pembaca adalah 18 tahun ke atas, dan tahu memilih mana yang baik dan buruk.
Saya berharap saudara/saudari melakukan keputusan yg terbaik yang bole menguntungkan saudara/i, negara dan agama.
Saya tertarik dengan tulisan Pengembara Syukri, yg menyatakan kita membaca Al-Fatihah 17 kali sehari. Salah satu ayat nya bermaksud
6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Pengembara turut menyoalkan adakah ayat yang kita sebut ini hanyalah sekadar mantra yang menyerupai jampi2? ataupun jalan yg lurus menuju ke tempat yg kita tak patut pergi?
Untuk menjadi lebih direct, adalah lebih baik sekiranya pemimpin2 kelab pelajar di sini dapat discourage ahli2 nya daripada pergi. anda adalah pemimpin, dan anda lebih berat lagi tanggungjawab ke atas ahli2 kelab anda.
teringat saya dalam satu lagu,
Jiwa manusia di arus usianya
Tersalah tiada makna
Seandai tiba masa
Jika kau ikuti jalanan
Sesat kan penghujungnya
Sedari masa berbeza
Berdetik usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya[full lyrics]
pilihan saudara saudari akhirnya untuk membuat keputusan. Saya tidak bermaksud berlepas tangan di sini, tp sekurang2 nya saya sudah melakukan sesuatu. Sebab, mgkn kerana saya melayu, saya kurang berani berkata2 secara bersemuka.
21. Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.(Al Ghaasyiyah ayat 21)
p/s : saya bukan orang yg baik untuk menegur. saya juga banyak salah silap. saya juga manusia, seperti saya juga minta dijauhkan drpd jalan yg salah. saya harap tulisan saya tidak dinilai secara emosional, kerana saya tahu saudara semua penuntut2 university.
*seperti yg disebut diatas, ia mgkn khabar angin. sekiranya x betul, kita bersyukur.*
5 comments:
Congrates Bro. Aku bangga dengan ko.
ak pon
congrats mende nye amir?xde bende pun..aku tgk flickr neeza, ada gambar johan dpn kelas 4 khawarizmi bro..bole nampak tempat aku duduk dulu..duh, touching doe..
ko ni syuk, nanti aku ajar fakta2 hidup yg lain..jgn buas sgt..hehe
Rase cam penah tgk gambar tu kot. Tempat ko? which was .... kat mane ek? Aku student baik, duk depan cikgu kan, pastu haris duduk sebelah aku, ko ingat tak yg dia tertido time ustaz yusuf ngajar pastu dia ngigau tu,smpai skrang aku tersengih sorang2 kalo teringat kejadian tu :))
Post a Comment