Monday, February 12, 2007

for muslims..fatwa kebangsaan..fatwa dah ni

Assalamualaikum

ni antara yg mampu aku buat..bende dh nyata..baca ayat ni btoi2..Perayaan itu mempunyai amalan yang mendorong ke arah maksiat dan bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak-->jgn main2 perkara akidah..

artikel penuh
KUALA LUMPUR: Remaja Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan pelbagai promosi bagi meraikan Hari Kekasih atau ‘Valentine’s Day’ kerana ia bercanggah dengan ajaran agama, sekali gus menjurus kepada perbuatan tidak bermoral.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin, berkata tradisi itu tidak patut diraikan
umat Islam kerana ia perbuatan yang tidak diizinkan syarak dan jika tidak dihalang, ia boleh memesongkan akidah serta menyumbang kepada gejala sosial.

“Perkara itu terbukti kerana pada Hari Kekasih, ramai pasangan mengambil kesempatan keluar berdua-duaan, ada yang turut melakukan hubungan seksdan ia
jelas menyimpang daripada landasan agama,” katanya diminta mengulas mengenai keghairahan umat Islam yang ingin menyambut Hari Kekasih pada Rabu ini.

“Oleh itu, pelbagai pihak terutama badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang
bertanggungjawab dalam soal agama perlu bekerjasama dengan media bagi
menggerakkan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai hukum menyambut
Hari Kekasih,” katanya.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang
bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 lalu bersetuju memutuskan bahawa
amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan agama Islam.

“Perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan mempunyai amalan yang mendorong ke
arah maksiat dan bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak,” katanya.

No comments: