Friday, October 13, 2006

drpd al-ahkam.net

Saya menerima e-mail dari seorang pengunjung al-ahkam.net yang mengadu telah mengirim e-mail kepada pihak harakahdaily.net di ruangan Surat Pembaca. Email berkenaan bertarikh: Sep 28, 2006

E-mail berkenaan dikirimnya kerana mahu menegur pihak harakahdaily yang membiarkan salah seorang penulis ruangannya (Faisal Tehrani di dalam ruangan ‘Hauzah Seni’) menyebarkan unsur-unsur Syiah melalui ruangan berkenaan.

Oleh kerana sejak 28/09/2006, email berkenaan tidak disiarkan, maka penulis e-mail ini mahu menyiarkan isikandungan e-mail berkenaan di al-ahkam.net.

Berikut ini adalah isikandungan e-mail berkenaan:

Assalamualakum,


Sdr Faisal Tehrani cuba memasukkan unsur Syiah di dalam harakah

Saya rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan editor tentang wujudnya usaha untuk memasukkan unsur Syiah di dalam akhbar yang kita sayangi ini. Paling ketara ialah artikel-artikel oleh Sdr Faisal Tehrani di dalam ruangan ‘Hauzah Seni’ terutamanya artikel bertajuk “'Memasjidkan lapangan seni” dan “Budaya tiada malu dan homo ludens”.

Di dalam artikel tersebut Sdr Faisal telah memetik kata-kata dari kitab-kitab besar Syiah yang telah disahkan sesat oleh JAKIM. Kitab-kitab tersebut ialah ‘Usul Al-Kafi’, ‘Mafatih al-Jinan’ dan ‘Bihar al- Anwar’ dan dan beliau tidak sekali pun memetik dari kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah. JAKIM telah menerbitkan artikel tentang kesesatan Syiah dan menyenaraikan kitab-kitab tersebut di antara kitab Syiah yang sesat. Untuk rujukan sila lawati web JAKIM sebagaimana berikut: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

Beliau juga merujuk kepada ulama’ tertentu dengan gelaran ‘Imam’, sesuai dengan aqidah Syiah Imamiyah atau Syiah Imam Dua Belas ( Jaaafariyah) .

Sekiranya perkara ini tidak dibendung adalah dikhuatiri penyokong PAS akan terkena tempias Syiah dan ini adalah amat bahaya kepada perjuangan PAS. Saya dengan ini meminta, demi untuk kebaikan PAS dan juga ahli-ahlinya supaya Sdr Faisal Tehrani tidak dibenarkan menulis di dalam akhbar ini kerana beliau didapati cuba menaburkan racun-racun Syiah melalui tulisan-tulisannya.

Wassalam.

*aku xde niat apa2 tentang faisal tehrani..tapi nampak dgn jelas skali kalo korang sendiri yg baca blog dia pun...sekadar pendapat aku...jgn amek pendapat aku kerana aku bukanlah seorang yg alim pandai..korang pegi blog dia n judge sendiri..

4 comments:

Anonymous said...

alahamduliilah..kagum dgn jeghi.

Unknown said...

copy paste dpd al-ahkam tu...sy bukan org berilmu pun...

Anonymous said...

Lab partner aku pak arab,n ikut syiah.Smlm masa dlm lab aku ada tanya dia sket2 pasal syiah dekat saudi arabia.Dia cakap susah nak practice syiah dekat sana.Aku cakap kat dia Jakim x bagi sape2 sebarkan syiah di m'sia.Dia cakap kita diskriminasikan syiah. Tapi aku x sampai hati nak cakap kat dia yg syiah tu sesat n pasal tu x bagi sebar...

askari said...

sy sependapat dn faisal,anda jg harus merujuk pada kitab" syiah....bagai mana anda mengatakan syiah itu racun sedangkan anda hanya membaca kitab" ahli sunah dn tidak merujuk pada kitab syiah....anda harus banyak mengkaji dn mempelajari semua aliran islam...jgn hanya bersandar pada satu faham saja...anda hanya mendengar dr ulama" ahli sunah saja..coba anda bertanya pada pada ahli syiah(not problem kan)