Friday, August 12, 2011

Pemuda lesu

assalamualaikum

Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Mengasihani

Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-12 dah hari ni. Ada yang kata cepat, ada yang kata lambat. Tak kisahla bab tu kan.... sehari tetap ada 24 jam macam mana pun.

Kebelakangan ini banyak isu yang mengganggu kita. Yang paling jelas pada mata saya ialah isu JAIS.

Saya mulakan dengan khutbah Jumaat hari ni. Mungkin saya yang terlalu letih sebab semalam tidur lewat sebab teringin sahur Nasi Kandar Beratur di Penang. Tapi bukan sekali, yang kita keluar dari masjid tanpa ingat apa isi kandungan khutbah yang kita dengar tak sampai 20 minit lepas.

Institusi Islam yang diberi kuasa terlalu pasif dan lesu. Tanpa menafikan jasa yang telah ditaburkan, kita lihat mereka agak perlahan dalam menangani isu-isu semasa. Khutbah jumaat hanya sekadar untuk dibaca oleh para khatib.

Saya masih ingat ketika di tingkatan 5 di MRSM Pengkalan Chepa. Saya kebetulan di belakang Tuan Guru Nik Aziz yang sehingga sekarang kelihatan tidak berapa sihat fizikalnya. Yang mengagumkan, Tuan Guru naik ke mimbar dan terus memberi peringatan tanpa melihat kepada teks. Terasa lain sangat dengan khutbah Jumaat sekarang, yang tak ubah macam memberi bantal kepada orang-orang yang mengantuk.

Institusi-institusi ini juga agak pasif dalam sentiasa mengukuhkan akidah umat. Terlalu pasif dalam tindakan yang diputuskan.

Oleh sebab itu, ramai yang riuh suara bila serbuan JAIS terhadap gereja. Pertama sekali untuk saya, saya tidak pernah mendengar hujah Hassan Ali, Jais dan pihak gereja dalam isu ini. Sukar untuk saya memberi komen yang adil tanpa hujah kedua-dua pihak.

Akan tetapi, berbeza sungguh zaman ini sikapnya. Seperti lemah kita ini yang jika kita diberi kitab Bible Melayu atau masuk gereja, kita akan jadi rosak akidah.

Saya selalu suka pendekatan yang lain daripada kebanyakan kawan saya. Saya suka mengambil pendekatan penambahbaikan kualiti diri daripada melemahkan kekuatan lawan. Saya sendiri walaupun menyokong kempen boikot Israel, saya lebih suka membeli barang buatan Muslim. Ini kerana dengan kekuatan sendiri yang lebih kuat, kita secara tidak langsung memberi kita booster untuk melawan pihak lawan.

Juga sama dengan pihak Pemuda Pas Pusat, yang agak pasif dan reaktif. Mereka hanya menunggu 'event' untuk datang dan tiba, kemudian akan turun membantah. Konsert tu dan konsert ini, tugas mereka hendak membantah.

Adakah jauh lebih baik jika mereka mengambil pendekatan yang aktif. Saya suka melihat contoh yang ditunjukkan YB KJ yang turun ke serata Malaysia untuk BN Youth Job Fair. Bukan nak suruh tiru, tetapi aktif jauh lagi dari pasif. Ada eloknya mereka sediakan pertandingan sukan, cari peluang kerja, promosi gaya hidup sihat dan lain-lain. Sekurang-kurangnya nampak juga alternatif untuk orang muda berhibur dengan cara lain.

Pada mata kasar rakyat, Pemuda Pas ni sangat pasif dan kerja hanya ingin bantah konsert yang datang di Malaysia.

Mereka sepatutnya mengemudi pemuda.

Saya tahu, saya bukan orang terbaik untuk komen. Tapi sebagai rakyat, saya ingin melihat PAS berdiri tinggi di mata rakyat.

till next time,
assalamualaikum

No comments: