Assalamualaikum,
Dah masuk malam ke-23 dah. Cepat betul masa berjalan rasanya kan. Kerja di Kelantan memang agak sibuk, ditambah dengan komitmen akademik dan keluarga pula yang agak jauh dari sini.
Dalam perjalanan balik tadi, saya singgah di 7 Eleven untuk membeli roti. Ya, roti. Saya sekadar ambil roti 4 keping untuk sahur. Agak janggal sahur dengan roti sahaja, tetapi saya dah belajar untuk tahan puasa dengan roti je. Lama lama biasa je.
Tapi ada 2 benda yg betul2 tarik perhatian saya malam ni.
Pertama, masjid di Kubang Kerian masih lagi penuh. Sesuatu yang agak sukar untuk kita jumpa dalam konteks Malaysia. Waktu-waktu berharga kebiasaannya rakyat Malaysia suka membeli belah. Tetapi rakyat di Kubang Kerian masih memilih untuk ke masjid. Sejuk mata memandang kan..
Tapi bila nak sampai di 7 Eleven, sibuk juga orang shopping2 kt kawasan Kbg Kerian ni. Kubang Kerian ni antara kawasan paling sibuk kt Kelantan, sebab kawasan universiti dan banyak bank2, kedai2 makan dan kemudahan kat sini.
Macam di sini ada 2 spektrum gaya manusia. Yang mencuri perhatian ialah masjid yang masih penuh.
Walaupun bidaah tetap berlaku di majoriti masjid2 malaysia masa bulan puasa ni, sekurang2 nya masjid tetap penuh.
Esok hujung minggu yang saya akan spend di sini. Nak buat apa ya?
assalamualaikum
No comments:
Post a Comment