dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
menjelang detik merdeka yang semakin hampir, terasa membazir kalo cerita pasal bola je.
kalo difikirkan 50 tahun merdeka, secara matematik-nya, 50 tahun merdeka hanya cukup 50 tahun bila Merdeka dilaungkan pada jam,minit dan saat Tunku Abdul Rahman laungkan merdeka. tapi memang dh fitrah manusia dalam 20-30 tahun ni, birthday dikira jam detik 12 tgh malam. tapi takpela, isu kecil je tu.
apa2 pun, kita sume happy kan. bukanla senang pas bertahun2 semua org penat bekerja nak jadikan Malaysia yg sekarang ni kita bangga panggil diri kita orang Malaysia. pembangunan fizikal kita hampir sampai tahap kelas pertama, mcm yg disebut NTV7 dlm interview ngan Prof Khoo Kay Kim kat video bawah ni. minda kelas ketiga kata Prof, ada pendapat? ramai yg ditegur kalau diorg wat salah ramai yg jawab 'rilek aa, mat saleh pn wat bende2 gini' . Attitude yg meletakkan mat saleh sebagai benchmark, sangatla tak patut. Pas 50 tahun merdeka, prof x salah bila dia kata minda kelas ketiga tu.
tahun demi tahun, kita diingatkan oleh para pemimpin termasuklah Tuan Guru Nik Aziz bahawa merdeka bukanlah sekadar bermaksud bebas daripada penjajah. Ironi nye juga, tahun demi tahun kita dengar, amat sedikit bilangan daripada kita yang mengambil pengajaran daripada peringatan pemimpin2 kita. Benar, generasi muda termasukla saya, tak endah pun bende2 gini. Kenapa? antara sebab yang sy bole fikir, satunya, kita tak merasa betapa susah nak capai kemerdekaan. Bagaimana kita nak ulang pencapaian kita, kalo kita nak kumpul kawan2 utk futsal pun sikit punye susah?
generasi muda skrg ni gak, kita hidup dalam suasana yg sangat senang. otak kita dilembabkan, fizikal kita dilemahkan, rohani kita sekadar hidup xnak, mati x mahu..kenapa jadik camni? bagi 2 minit, sume org bole bagi jawapan masing2. tapi sampai 2 minit tu je la kita fikir. pas 2 minit tu kita sambung tgk tv balik, layan internet. sume berlaku tanpa ada rasa kita apa nak wat pas kita dh dpt jawapan utk soalan tadi..sifat kita tu disebut dlm Quran,
maksudnya,
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.
az-Zumar, ayat 49
disini juga saya ada klip daripada mufti perlis, dlm ceramah beliau tentang merdeka. sangat mantap.
utk mereka yg ada kelapangan, saya sediakan link2 utk sambungan video ni,
PART 2, PART 3, PART 4, PART 5, PART 6, PART 7, PART 8 DAN PART 9
apa2 pun, masih banyak lagi positif yg bole diamek dlm 50 tahun merdeka. aku bangga aku rakyat malaysia. aku pakai jersi malaysia gi kelas, pakai jersi malaysia main bola. tido pn kadang2 pakai jersi malaysia. setinggi mana kita berada, kita taknak 100 org yg berusaha nak berjaya, tp akhirnya 50 je yg btol2 berjaya. kita sama2 rakyat malaysia, sapa sanggup tgk org lain kat bawah tapi sama2 kat atas. mcm peribahasa dulu kata lidi kalo sebatang senang gile nak patah, tp lidi tu diikat banyak2 sapa bole hancurkan kan??
okla, dengan semangat nak merdeka ni, sama2 kita laung merdeka!!! setinggi2 syukur kepada Allah. terima kasih juga kepa Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan atas usaha anda semua. trimas. selamat merdeka malaysia!!
ni antara video yg saya jumpa, x jumpa aa lagu sudirman-tanggal 31 ogos tu.sapa ada bgtau okes.
selamat merdeka sume, kepada team bola, tahniah.hadiah terbaik utk merdeka ni dpd korang.mantap semalam!
assalamualaikum