Saturday, January 31, 2009

Sejenak Berfikir

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

ada kalanya kita melihat dunia ini terlalu indah, sehinggakan kita terbayang betapa kita akan begitu rindu terhadap (contoh)Liverpool FC bila kita sudah mati. Lain ketika pula, kita terbayang susahnya hidup kerana terpaksa usaha itu dan usaha ini untuk sesuatu, dan hasilnya pula tak tentu.

Banyak pula masanya, kita tahu kita akan mati. Tapi kita terlalu asyik dengan dunia.

Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Cintakan dunia dan takut mati." - HR Imam Abu Daud

* Huraian:

Shahih. Dishahihkan oleh alMuhaddith alAlbani dalam Silsilah alAhadith asSahihah 2/684, Hadith #958. Selain Abu Daud, hadith Tsauban ini juga dikeluarkan oleh Imam Ahmad (alMusnad), Abu Nu'aim (alHilyah), Ibn Asakir dan arRuyani.

Kita umat Islam. Kembalikan konsep kesederhanaan, seimbangkan dunia dan akhirat. Kita dilarang berada di kedua-dua hujung ekstrim, iaitu terlalu pentingkan akhirat atau terlalu pentingkan dunia. Begitu juga dengan politik, janganlah sampai melampau2 fanatik nye. Kesetiaan membabi buta tu bukan sifat orang bijak.

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu dengan cara yang tidak benar, janganlah kamu menurut hawa nafsu sesuatu kaum yang telah tersesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang lurus.
(al-Maidah: 77)


Kan kita semua belajar konsep wasatiah dulu masa SPM.

kan dalam ceramah dan tulisan semua suka menyebut kembali kepada Quran dan Hadith. Mengapa hanya sekadar menjadi 'figure of speech' sahaja?

mungkin kerana sebab itu, semangat cinta kepada Palestin kembali menjadi lesu. Alangkah bodoh sombongnya kita semua ni.

till next time,
assalamualaikum

No comments: