Tuesday, February 10, 2009

Tangan Kanan Menentang, Tangan Kiri Menyumbang

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

Hidup! Hidup! Hidup Islam! Hancur! Hancur! Hancur Kuffar! Boikot! Boikot! Boikot Denmark! Boikot! Boikot! Boikot Yahudi! Hancur…hancur! Hancur Yahudi! Allahu Akbar!

Inilah di antara suara-suara laungan semangat yang kedengaran semasa himpunan di hadapan Kedutaan Denmark pada 10 Febuari yang lepas. Himpunan ini telah menghimpunkan umat Islam di Malaysia dari pelbagai latar belakang (termasuk Syiah yang sesat). Mereka berhimpun di bawah panji Islam demi menyatakan bantahan terhadap kerajaan Denmark yang menyiarkan karikatur penghinaan ke atas junjungan mulia Rasulullah saw. Tindakan terkutuk lagi biadap ini telah membuatkan darah umat Islam menyirap naik dan akhirnya melahirkan kemarahan yang tidak dapat dikawal lagi. Umat Islam di seluruh dunia bersatu dan bangkit demi membela kesucian Rasulullah saw. Jiwa mana lagi yang dapat bertahan, jika Nabinya telah diperlakukan sedemikian. Jiwa mana lagi yang masih mampu tersenyum membiarkan Nabinya dipermainkan oleh tangan-tangan kuffar yang jijik lagi biadap dan tidak pernah kenal erti hormat? Kemungkinan insan Muslim masih lagi mampu menahan sabar jika diri dan keluarganya dihina dan diejek. Tetapi kesabaran ini akan membatasi kemuncaknya apabila menyaksikan penghinaan dilakukan ke atas Nabinya, Muhammad saw. Sebab itulah, himpunan pada hari Jumaat tersebut telah menggamitkan hati ramai umat Islam untuk turut serta dalam perarakan yang bermula daripada Masjid Kg. Baru hingga ke Kedutaan Denmark.

Suasana di hadapan kedutaan tersebut semakin “panas” dan “hangat” walaupun hujan mulai turun. Manakan tidaknya, ucapan-ucapan yang “membakar” silih berganti daripada para pimpinan telah meniupkan semangat “jihad” umat Islam menentang kuffar. Antara seruan yang dilaungkan oleh kebanyakan pimpinan yang memberi ucapan ialah supaya memboikot barangan Denmark, Amerika dan Yahudi. Seruan ini telah disambut oleh uamt Islam yang hadir dengan laungan takbir. Sememangnya tindakan memboikot barangan mereka ini adalah salah satu cara yang mampu dilakukan oleh umat dan Negara-negara Islam sebagai tindak balas kepada isu ini. Seruan ini juga terlebih dahulu telah dicanangkan oleh Syiekh Dr. Yusof al-Qaradawi di dalam khutbahnya. Sesungguhnya tindakan memboikot ini mampu untuk melemahkan kekuatan musuh-musuh Islam, terutamanya kekuatan ekonomi. Sebagi contoh, akibat tindakan boikot ini, Arla Food, sebuah syarikat pengeluar susu terbesar Denmark telah menderita akibat kerugian yang dianggarkan mencapai 1.8 juta dolar setiap hari. Ini adalah kesan daripada tindakan boikot umat Islam dari beberapa Negara Islam Timur Tengah.

Sebab itulah seruan ini turut disahut oleh pimpinan barisan alternatif di Malaysia. Seruan ini diulang-ulang pada himpunan tersebut, lantas disambut dengan laungan takbir tanda sokongan kepada kempen boikot yang dilancarkan. Suara takbir bergema sambil tangan kanan diangkat tanda tentangan kepada kerajaan Denmark, Amerika dan Yahudi. Sekali sekala terdengar pula laungan “Hancur..hancur Yahudi! Hancur..hancur Denmark!” . Tetapi yang pelik lagi menyedihkan, sambil tangan kanan diangkat tanda tentangan, tangan kiri dilihat menggenggam rokok, memberi sumbangan. Mulut melaungkan boikot barangan Denmark, Amerika dan Yahudi, mulut yang sama juga begitu asyik menghisap rokok. Kadang-kadang laungan Allahuakbar dilaungkan dengan diiingi kepulan asap-asap rokok. Mulut bertakbir, mata terkebil-kebil akibat asap rokok. Entah apa yang hendak diboikotkan, kalau yang dimulut itu pun masih belum boleh diboikot. Apakah mereka tidak sedar, setiap batang rokok itu akan memberi sumbangan untuk kuffar menentang dan membunuh umat Islam. Lebih menyedihkan lagi, apabila terdapat pimpinan gerakan Islam turut terlibat di dalam gejala menghisap rokok ini. Kadang-kadang yang menghisap rokok itu adalah orang yang sama menyeru supaya penyokong dan ahlinya supaya memboikot. Di mana kreadibiliti mereka?

Memang bukan semua yang bersikap sedemikian. Tetapi kelakuan oleh sebahagian orang yang menyertai himpunan ini telah mencemarkan suasana dan nama baik gerakan Islam. Penulis khuatir jika kempen ini hanya akan tinggal retorik semata-mata. Bukan sekali ini saja, kempen boikot barangan dilancarkan. Sewaktu isu Iraq dulu, kempen boikot barangan Amerika dibuat. Sebelum itu, sewaktu isu Palestin, barangan Yahudi diboikot. Tetapi sejauh mana tindakan yang dilakukan oleh umat islam, terutamanya para ahli dan penyokong gerakan Islam. Jika alasan diberikan bahawa bukan senang untuk menjaga dan memerhatikan setiap ahli. Ya, penulis bersetuju. Tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menyemak kembali apakah keberkesanan tarbiyah yang diberikan. Sejauh mana aspek-aspek sebegini ditekankan? Apakah agenda utama perjuangan gerakan Islam. Jangan tunjuk agenda yang tercacat di atas kertas perlembagaan, tetapi buktikan dengan tindakan sebenar yang dilakukan.

Oleh itu, para ahli dan penyokong gerakan Islam tidak boleh sekadar ditiupkan semangat semata-mata. Perjuangan di atas dasar semangat sahaja, tidak akan kekal lama. Berapa ramai yang semangat Islamnya telah menyepi, setelah tiada lagi isu yang memberi semangat kepada diri. Gerakan Islam boleh mengambil peluang di atas semangat keislaman yang ditunjukkan oleh umat Islam dengan memberi didikan ilmu. Biarlah selepas ini mereka bergerak dengan kefahaman mereka hasil daripada ilmu yang ada. Bukan dengan semangat yang tidak akan kekal lama.

Untuk mereka yang dicampakkan sedikit rasa kesedaran untuk membela Islam ini –semoga penulis sebahagian daripadanya- ayuhlah kita bermuhasabah kembali. Sejauh mana kefahaman kita terhadap agama Islam yang ingin kita bela ini. Apakah selama ini kita bergerak hanya berbekalkan semangat semata-mata atau kerana tuntutan ilmu yang kita fahami. Moga-moga perjuangan kita menyeru manusia ke arah Islam adalah hasil daripada kefahaman ilmu, tuntutan iman dan desakan semangat yang ada. Jika ini dapat diwujudkan, nescaya kita tidak akan lagi melihat suasana “tangan kanan menentang, tangan kiri menyumbang” dan “mulut bertakbir, mata terkebil-kebil.[source]

also read: Kenapa kita gagal membina semula tamadun

till next time,

assalamualaikum



No comments: