Sunday, February 08, 2009

Ringkas

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

saya kini di Indonesia untuk bercuti pendek bersama keluarga. Jadi saya tidak akan menulis berjela-jela disini.

Saya tidak memihak pihak mana2 dalam isu saman Sultan ini, kerana sensitiviti yang terlalu tinggi. Secara manusia-nya saya berpendapat, tetapi Sultan bukanlah Rasul yang bersifat maksum dan bukankah pihak UMNO dan BN yang berapi-api mengatakan 'nobody is above the law'. Adakah UMNO hipokrit di sini?

Mungkin jika baginda Sultan merasakan tindakan beliau tepat, banyak juga medium2 lain untuk menyampaikan teguran. Saman dilihat oleh sesetengah pihak sebagai ekstrim. Menulis di guestbook Sultan seperti yang dicadangkan Haris Ibrahim juga lebih lembut untuk saya. Maklumlah, kita kan orang Melayu.

Biarlah pakar2 yang membicarakan isu di atas.

Yang saya betul2 lucu melihat sepanduk dalam Utusan Meloya ialah 'Jangan jadi Hang Jebat'. Saya mungkin berbeza pendapat dengan anda, dan saya yakin saya juga mempunyai hak berbicara. Kita terima kepakaran ilmu lagenda Hang Tuah dalam ilmu perang, tetapi kesetiaan membabi buta kepada Sultan Melaka dahulunya saya rasa seperti bodoh. Saya lebih suka kepada watak Hang Jebat yang berpegang kepada kebenaran dan setia kepada kawan yang beliau rasakan telah dianiaya.

Kerana kesetiaan membabi buta, kita melihat banyak tamadun dan negara telah jatuh. Lihat saja di Thailand dan Indonesia. Rakyat begitu taksub dengan pemimpin, tetapi rakyatnya tetap susah.

Kita rakyat Malaysia semakin lama semakin celik. Itu yang merunsingkan UMNO. Mereka merasakan rakyat semakin suka dengan mereka, lebih2 lagi dengan pengambil-alihan kerajaan Perak. Ini cuma pendapat subjektif saya, dan saya rasa mungkin ia tepat berdasarkan berita2 dan analisis yang lebih adil, interaktif dan menarik terutama di Astro Awani.

till next time,
assalamualaikum

No comments: