Tuesday, December 16, 2008

Tulisan Indonesia.

assalamualaikum

in the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful

semalam saya berpeluang membaca sebuah artikel berbahasa Indonesia'Khilafah Islam dan Upaya membendung Kristenisasi', mengenai dakwah Kristian(Christian missionaries). Dakwah mereka(Christian) bukanlah sesuatu yang saya sangat ambil berat, kerana hal mereka adalah hal mereka. Tetapi saya tertarik dengan salah satu hujah yang diketengahkan

' aqidah Islam pun difahami bukan berasaskan kaedah method yang benar, iaitu kaedah proses berfikir. Aqidah Islam tidak dibangun berasaskan akal, tapi semata-mata perasaan yangg muncul dari naluri beragama'.

Satu point yang cukup menarik untuk difikirkan. Islam difahami secara kasarnya kepada sesetengah golongan di Malaysia iaitu 'apa yang ustaz cakap semuanya betul' dan bukannya secara berfikir. Islam diwariskan berdasarkan Quran dan Sunnah. Apabila kita belajar berfikir mengenai Islam, kita berfikir apakah yang kita belajar dan amalkan itu adakah selari dengan Quran dan Sunnah.

Sistem pendidikan yang diterapkan dalam korikulum sekolah tidak menekankan akidah Islam pada tahap yang begitu mantap, menyumbang kepada rosaknya umat apabila asas akidah yang rapuh digoncang .

91. Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,

92. Yang mengetahui semua yang ghaib[1019] dan semua yang nampak, maka Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka persekutukan. Al-Mu'minun ayat 91-92

ayat yang paling menarik ialah ayat 91


seperti contoh, konsep Jesus sebagai anak Tuhan, sama sekali kita tidak dapat terima konsep ketuhanan sebegitu rupa. Konsep tauhid yang lengkap jika diajar secara efektif, datangkan seribu ajaran lain pun Islam tidak akan tergugat. Apabila dakwah Christian datang dan kita tidak dapat melawan hujah mereka, maka dakwah Christian mula bermain di fikiran mereka. Mengapa mereka menyamakan sifat manusia yg inginkan anak itu sama dengan Tuhan? adakah Tuhan akan mati disitu?

sepatutnya, akidah umat yang sedikit goyah yang lebih patut kita risaukan, dan perihal musuh bukanlah sesuatu yang berada di dalam senarai perkara paling penting. Kita kuatkan benteng kita dahulu, dan keduanya barulah fikir macam mana nak lemahkan benteng lawan.

together we work now!

till next time,
assalamualaikum

No comments: